APA RASANYA SALTED CARAMEL & CHOCOLATE PIE MCDONALD'S

McDonald's dengan menu baru lagi ! Tapi menu baru dekat dessert je lah tau uollss. Macam ni, aku ni penggemar apple pie McDonald's so ingat semalam lepas dialisis nak beli apple pie. Lepas tu nampak pula adik saudara aku makan salted caramel & chocolate pie. Review dia macam sedap, well lain punya lidah kan? Dah baca review, aku pun terjah je la. Kebetulan McDonald's depan Hospital Ampang je ni pun.

APA RASANYA SALTED CARAMEL &  CHOCOLATE PIE MCDONALD'S

Ramai juga yang beli benda ni. Cuaca hari tu hujan, memang kena sangat kalau makan pie panas-panas kan? Masa aku nak beli pun kena tunggu dulu. Beratur nak pie punya pasal. Aduhai......... So, sementara tuan suami drive nak balik dari Ampang ke Rawang, aku pun melayan McNugget dengan Salted Caramel & Chocolate Pie ni.

REVIEW SALTED CARAMEL & CHOCOLATE PIE MCDONALD'S

Seperti pai yang lain, McDonald's kekalkan kulit pai yang sama. Untuk membuatkan pai ini lain dari yang lain, gabungan salted caramel dan dark chocolate digunakan. Jadi ada dua flavour dalam satu pai.
Mungkin rasanya agak unik bagi sesetengah yang memakannya. Cuma bagi aku, salted caramelnya terlalu 'kosong'. Tak rasa balance antara coklat dan karamel. Coklat itu, dari lidah aku rasa ianya cuma serbuk koko yang dimasak. Serbuk koko yang pahit ya.

APA RASANYA SALTED CARAMEL &  CHOCOLATE PIE MCDONALD'S

HARGA DAN RASA SALTED CARAMEL & CHOCOLATE PIE MCDONALD'S

Berbanding harga Apple Pai yang berharga RM 3.30, Salted Caramel & Chocolate Pie pula berharga RM 4.30. Oklah kan? Takdelah mahal pun. Sesuai je dengan rasa dekat tekak ni. Nak kata tak sedap pun tidak. Sebab sedap juga cuma kalau ada rasa manis sikit okay kot mengikut tastebud aku.

Oh ya, bukan Salted Caramel & Chocolate Pie saja, McDonald's juga memperkenalkan dessert baru seperti Coffee Sundae & Chocolate serta Coffee Sundae & Salted Caramel.

RATING : 5  / 10

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment