CARA DELETE POST LAMA DI FACEBOOK DENGAN MUDAH

Duduk saja-saja, aku belek lah post lama di Facebook. Mengucap panjang aku. Jiwa muda sangat masa tu, ayat pun tak bertapis. Demi membuang segala memori yang memalukan diri, aku cari solution bagaimana untuk delete post lama.

CARA DELETE POST LAMA DI FACEBOOK DENGAN MUDAH

Korang pun tahu, kalau kita dah update banyak-banyak, memang tak larat nak delete posting tu. Ambil masa berhari-hari. Aku memang tak sanggup, so aku cari lah solution mudah supaya aku boleh buang sekali banyak-banyak.

CARA DELETE POST LAMA DI FACEBOOK DENGAN MUDAH

Bila dah buang sekali banyak-banyak, baru lega hati aku. Dulu awalnya aku sayang nak buang, tapi aku rasa aku dah matang then aku baru sedar, posting aku yang dulu memang tak boleh diterima akal dan jiwa aku. And yes, aku dah jumpa solutionnya.

Dan yang pasti, ini untuk pengguna Google Chrome. Ada juga extension untuk Mozilla Firefox tau. Cuma entri aku ini adalah extension yang boleh digunakan di Google Chrome sahaja.


Apa yang perlu korang buat, adalah install extension SOCIAL BOOK POST MANAGER. Setelah Add Extension di Google Chrome, tutup sekejap Google Chrome dan buka kembali. Kemudian pergi ke Facebook.


Cari dan klik Activity Log (rujuk gambar). Activity Log akan menunjukkan semua aktiviti yang korang buat dalam Facebook termasuk Posting, Comment & Like


Anak panah kiri menunjukkan apa yang korang nak delete, sama-ada Post ataupun Comments. Dan yang kanan pula, post pada tahun bila korang nak delete.


Klik bulatan atas yang menunjukkan extention Social Book Post Manager. Dia akan keluar macam dalam gambar. Di bahagian Year & Month , korang setting la, post bulan berapa dan tahun berapa yang korang nak delete.

Oh ya, yang aku merahkan tu, kalau korang malas nak tunggu scan, sila UNTICK kotak kecil disitu.


Dah setting semua, dah comfirm, klik saja OK. So tunggu je la sampai post itu habis dipadamkan. 


Dah habis delete, dia akan keluar kotak donate ni, abaikan. Tapi korang bagilah review best-best sebab cipta extension yang best ni.


Siap dah. Aku buat lama juga la, dari tahun 2010 - 2011. Lega sangat aku rasa. Kalau trick ini bermanfaat pada korang, ambillah. 

The writer,
Tunsha Ayunie

1 comment:

  1. Nice sharing..memang dah lama cari trik delete ni..

    ReplyDelete