PELUANG MEMENANGI PAKEJ UMRAH DENGAN MEMBUAT POTONGAN GAJI ZAKAT MELALUI SKIM THOHIR

Kempen Pelancaran Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018)ZAKAT MELALUI SKIM THOHIR - Assalamualaikum wbt. Seperti yang kita tahu, orang yang beragama Islam wajib membayar zakat. Sekarang ini banyak cara mudah untuk membayar zakat, termasuk dengan potongan gaji.

Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) yang berlangsung selama 4 bulan mulai 1 Julai hingga 31 Oktober 2018. Ia merupakan tahun ketiga kempen ini dilaksanakan berikutan sambutan luar biasa yang diterima dari pihak majikan dari syarikat swasta dan kerajaan pada tahun sebelum ini.

PELUANG MEMENANGI PAKEJ UMRAH DENGAN MEMBUAT POTONGAN GAJI ZAKAT MELALUI SKIM THOHIR

Skim Thohir merupakan kemudahan saluran bayaran zakat pendapatan untuk menggalakkan lebih ramai menunaikan kewajipan berzakat melalui saluran potongan gaji zakat. Melalui Skim Thohir ini, kakitangan swasta atau kerajaan dapat menunaikan zakat tanpa bertangguh dan menjimatkan masa agar memperolehi keberkatan di sisi Allah S.W.T, selain dapat meningkatkan kutipan zakat sekali gus membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf.

Oh ya, kalau korang menyertai kempen dengan membuat potongan gaji zakat melalui Skim Thohir, korang mungkin berpeluang memenangi antara 10 hadiah percutian menarik, termasuklah hadiah utama untuk menunaikan umrah tajaan Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. bernilai RM28,000 !


ANTARA HADIAH YANG LAIN :

Hadiah utama : Pakej menunaikan umrah untuk 2 orang
✿ Hadiah tempat ke-2 : Percutian ke Beijing 6H5M
✿ Hadiah tempat ke-3 : Percutian ke Bangkok 5H4M
✿ Hadiah ke 4 - 5 : Percutian ke Jakarta 3H2M
✿ Hadiah ke 6 -7 : Percutian ke Pekan Baru 3H2M
✿ Hadiah ke 8 - 10 : Percutian ke Medan 3H2M

Para pemenang kempen bakal diumumkan sewaktu Karnival Zakat pada bulan November akan datang.

PELUANG MEMENANGI PAKEJ UMRAH DENGAN MEMBUAT POTONGAN GAJI ZAKAT MELALUI SKIM THOHIR

SYARAT DAN CARA PENYERTAAN KEMPEN:

Cara untuk mengira potongan bayaran zakat pada setiap bulan :

  • Portal PPZ-MAIWPwww.zakat.com.my
  • Berkunjung ke 11 Kaunter Zakat PPZ-MAIWP 
  • Menghubungi Talian Zakat 1300 88 5757 
  • Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP 

Syarat-syarat penyertaan kempen :

Membuat potongan gaji zakat ATAU penambahan potongan gaji zakat dengan mengisi Borang Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) melalui :

  • 11 kaunter PPZ-MAIWP
  • Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my
  • Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP.
  • Majikan di syarikat atau organisasi
  • TALIAN ZAKAT : 1-300-88-5757


PELUANG MEMENANGI PAKEJ UMRAH DENGAN MEMBUAT POTONGAN GAJI ZAKAT MELALUI SKIM THOHIR

PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam yang mempunyai pendapatan untuk menunaikan zakat melalui potongan gaji agar dapat dengan mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita agar memperolehi berkat di sisi Allah S.W.T.

PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat

- Tunsha Ayunie -

5 comments: