MAKAN DI OPERA KLASIK KAFE DAN BAKERI BY RASHID SIBIR RAWANG

MAKAN DI OPERA KLASIK KAFE DAN BAKERI BY RASHID SIBIR RAWANG - Kalau korang peminat drama atau telefilem. mungkin nama Rashid Sibir dah tak asing lagi kan? Aku mula minat karya Rashid Sibir sejak drama Pondok Buruk.

Selepas itu Takbir Suci. Boleh kata, setiap tahun raya, aku tunggu buah tangan dari Rashid Sibir. Sebab aku rasa drama dari Rashid Sibir sinonim dengan hari raya.

Paling best adalah drama Dalam Hati Ada Cinta. Tak pernah miss menonton tau. Entahlah, bagi aku karya Rashid Sibir agak dramatik. Masuk dalam jiwa aku. Pondok Buruk dan Takbir Suci berjaya mengalirkan airmata aku.


MAKAN DI OPERA KLASIK KAFE DAN BAKERI BY RASHID SIBIR RAWANG

Korang tahu tak Rashid Sibir ada buka kedai makan di Rawang? Mama aku dah selalu makan kat sini. Cuma kami sekeluarga baru mencuba makan di Opera Klasik Kafe Dan Bakeri kepunyaan Rashid Sibir ini.

Kebetulan Mama saja nak buat birthday treat untuk adik aku, Aliah. Aku nak cerita ni, aku kan peminat Rashid Sibir. Lepas makan, aku mainlah dengan Baby Umar, tiba-tiba nampak Rashid Sibir masuk. Aku tercengang je tengok dia. Niat hati nak bergambar, tapi aku macam malu gila masa tu. Mungkin sebab aku terlalu minat karya beliau.

Oklah. Stop cerita aku. So, sebab menunggu agak lama, kami pun bergambar lah sebanyak yang boleh. Adat moden sebelum makan mestilah bergambar kan? Haha ! Servis agak slow sikit lah malam tu. Mungkin boleh diperbaiki. Dimaafkan sebab makanan sedap.

Dengan birthday girl.

Sebenarnya Mama dah booking. Tapi tak tahu apa masalah haritu, servis agak lambat. Memang kami bergambar je la sementara tunggu makanan, demi memujuk hati. Malas nak ingat yang makanan datang lambat.

MAKAN DI OPERA KLASIK KAFE DAN BAKERI BY RASHID SIBIR RAWANG\
Chicken Grill - RM 20.90
MAKAN DI OPERA KLASIK KAFE DAN BAKERI BY RASHID SIBIR RAWANG
Lamb Grill - RM 32.90
MAKAN DI OPERA KLASIK KAFE DAN BAKERI BY RASHID SIBIR RAWANG
Ribeye Steak - RM 36.90
MAKAN DI OPERA KLASIK KAFE DAN BAKERI BY RASHID SIBIR RAWANG
Salmon Grill - RM 34.90
MAKAN DI OPERA KLASIK KAFE DAN BAKERI BY RASHID SIBIR RAWANG
Fish And Chip - RM 17.90

For the first time aku makan Salmon Grill. Aku ni kalau bab makan selalu letak high expectation lepas tu jadi tak puas hati. Actually aku expect Salmon Grill aku didatangkan dengan butter sauce lemon, tapi tidak disini. Walau bagaimanapun, aku makan salmon itu sampai habis ye uolsss. Balik demam. Sebab first time makan salmon grill. Lolsss poyo sungguh.

Chicken grill sedap, lamb grill sedap, ribeye steak sedap. Fish N Chip pula besar ikannya. Cuma tak sediakan lemon. Selalu makan Fish n Chip ada sediakan lemon. Kalau ada tar tar sauce lagi aummmm tapi dekat sini serve dengan mayonis je.

Salmon grill pula, sos yang digunakan aku rasa macam sos nandos. But so far kami makan habis lah semua meal yang ada. Air kami order air jag, senang.

Oh ya, disini bukan saja western food, nak makan asam pedas ala-ala kat rumah pun boleh uolsss. Selain itu, mereka juga menyediakan pes asam pedas untuk korang masak di rumah. Oklah kalau korang ada area Rawang, bolehlah cuba. Aku dah sediakan detail.

OPERA KLASIK KAFE DAN BAKERI
51, Jalan Bandar Rawang 8,
Pusat Bandar Rawang,
48000 Rawang, Selangor
03-6094 1071

The writer,
Tunsha Ayunie

2 comments:

  1. Terliur pulak tengok salmon grill tu.. Sedapnyaaa

    ReplyDelete
  2. huyooo kalau dekat kekny pun nak pi terjah cafe rashid sibir.. maktok suka drama drama dia hihi

    ReplyDelete