LAYAN JE MAKAN FIGO JAPANESE DUMPLING-KIMCHI

LAYAN JE MAKAN FIGO JAPANESE DUMPLING-KIMCHI - Aku ni peminat kimchi. Dulu rajin laa buat kimchi sendiri. Sekarang ni aku serba kemalasan. Lepas dialisis tadi macam teringin gila nak makan gyoza. Sebab sebelum ni aku pernah makan brand Figo punya gyoza, so aku belilah lagi.

Kelakar bila sekali imbas tengok nama benda alah ni. Kira gyoza yang aku beli ni Jepun mix Korea lah sebab gyoza tu Jepun punya, kimchi pula Korea punya. Tapi apa kisah? Sedap je di tekak aku ini.

LAYAN JE MAKAN FIGO JAPANESE DUMPLING-KIMCHI

Sebelum ni aku masak pakai kuali melekat. Ya Allah hancur gila harapan nak makan gyoza tu seketul-seketul. Habis melekat dekat kuali. Tapi aku kikis-kikis, sedap juga lah sebab dia garing-garing walaupun hancur. Jadinya aku repeat lah demi memuaskan keinginan diri aku,


Dalam satu paket ni ada 10 ketul. Kimchi dia sedap. Tak silap aku inti dia kimchi dengan telur since aku rasa macam lembut-lembut telur lah gitu.

HALAL ke? Yes ianya HALAL.

Selain inti kimchi, ada juga inti udang dan ayam. Yang tu aku tak cuba lagi sebab aku macam terjatuh cinta dengan inti kimchi.

The writer,
Tunsha Ayunie

2 comments:

  1. menarik ni, auni.
    aida ni tak pernah lagi makan kimchi.
    lom pernah jejak korea ler katakan :)
    teringin nak merasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auni pun tak pernah jejak korea tapi auni sejenis yang suka makan. Jadi kita pun cuba lah. Tak pernah pergi korea tapi sekarang macam obses korean food.

      Delete