MASAK BULGOGI DAGING, MAKAN DENGAN NASI LEMBIK DAN KIMCHI TIMUN

Amboi tajuk... kemain. Sebenarnya harini kan Mama aku masak nasi lemak. Tapi sejenis aku, nasi lemak yang dibuat dari beras basmathi aku tak berapa nak suka. Jadi aku merajinkan diri menculik sedikit daging kisar kepunyaan Mama, lalu aku perap dengan kicap, gula, minyak bijan dan bawang putih serta rehatkan seketika.

Ahakkks! Alkisahnya aku dah lama gila teringin makan bulgogi yang aku masak walaupun aku tak pernah rasa real bulgogi macam mana.

MASAK BULGOGI DAGING, MAKAN DENGAN NASI LEMBIK DAN KIMCHI TIMUN

Lepas tu aku tumis bawang holland dan lobak merah. Patut masuk last sekali, aku main campak je sebab aku kebulur gila. Beberapa hari lepas aku buat kimchi timun perah. Ini nama yang aku reka je. Sebab lepas aku perap timun dengan garam, aku basuh dan perah-perah. Lepas tu aku gaul dengan chili flakes, cuka, kicap cair, gula, bawang putih dan halia blend.

Tadi masak je nasi lembik-lembik sikit, makan dengan bulgogi dan kimchi.... wah nyaman ! Sedap juga walaupun daging tu macam overdose manis. Aku main curah kilang gula dalam tu. 

The writer,
Tunsha Ayunie

3 comments: