MASAK NASI GORENG PETAI JE

MASAK NASI GORENG PETAI JE - Aku ni jenis mudah terpengaruh juga bila tengok orang masak itu ini. Tapi ikut mood lah, kalau rajin, aku follow. Kalau tak, aku meratap gambar je la. Hari ni asalnya nak masak nasi goreng campur ikan goreng dan petai. Sekali ikan goreng rosak pula dalam peti tu. Hancur punah lah harapan.

Nasib baik petai okay lagi. So aku decide masak juga lah nasi goreng petai tanpa ikan goreng tu. Sedap juga lah. Tuan suami makan pun bertambah. Dia ni apa aku masak semua dia cakap sedap. Apa yang tak sedap kat tekak dia? Bagusnya tuan suami aku ni sebab dia insan yang pandai bersyukur dengan rezeki depan mata. Tak macam aku.

MASAK NASI GORENG PETAI JE

Simple je pun bahan-bahan yang aku letak. Bawang merah, bawang putih, cili kering yang direbus, ditumbuk atau guna chopper. Aku guna chopper sebab aku tak larat nak menumbuk. Menumbuk lagi sedap sebenarnya.

Lepas tu tumis sampai naik minyak. Masukkan petai, masak kejap dan masukkan sebiji telur. Aku letak setengah kiub ikan bilis. Kemudian masukkan nasi yang sudah digaul dengan garam, kemudian kicap manis pedas Mahsuri. Dah settle.

Nak sedap, korang tumbuklah dengan ikan bilis. Aku lupa so aku guna kiub je. Aci tak?

The writer,
Tunsha Ayunie

1 comment:

  1. Selalu masak apa2 dengan petai,, confirm sedap ni.. tapi biasa kalau petai ekin tolak tepi.. hehehe

    ReplyDelete