MY BABY BOO UMAR YANG BECOK DAH 8 BULAN !

Abah dan Ibu Umar balik rumah Omma dan Tok Bah haritu. Diorang balik hari Sabtu. Aku ni memang obses dengan Baby Umar. Awalnya aku memang malas nak fikir adik aku balik ke tidak. haha ! Kang balik dialisis, Umar takde, aku sedih pulak. Ngade sangatttt !

Macam mana kau tengok watak Lin dalam drama Andainya Takdir, macam tu laa aku. Aku tak ada anak so aku jadi obses sikit dengan anak saudara. Ehh biarlah obses pun, obses aku berpada-pada. Awal-awal je aku over especially masa Abah dengan Ibu Umar pindah rumah. Aku rasa kosong dan sunyi. Sebab sebelum tu aku jadi baby sitter baby Umar dalam seminggu. Lepas Umar pindah, serius emosi aku terganggu.

MY BABY BOO UMAR YANG BECOK DAH 8 BULAN !

Manalah tak rindu, manalah tak sayang? Dialah anak buah dari darah daging aku. Aku rasa dah macam anak sendiri. Dia pula jenis ramah, bila ada mood, senyum tak lekang di muka. Cerdik dan manja pula. Lain sangat rasa bila layan anak buah dari darah daging sendiri berbanding anak buah dari sepupu sepapat.

MY BABY BOO UMAR YANG BECOK DAH 8 BULAN !
MY BABY BOO UMAR YANG BECOK DAH 8 BULAN !

Semalam, 4 Oktober 2018, Muhammad Umar bin Amzar Adib genap umurnya 8 bulan. Lately Umar kurang sihat sikit. Mood dia pun lari juga. Tapi haritu balik rumah Omma dengan Tok Bah, manja sesangat pulak dah.

Seronok tengok Umar membesar depan mata walaupun dah tak tinggal dengan Omma dan Tok Bah. Takpe, yang penting, Umar membesar dengan sihat dan cerdik serta menjadi anak yang soleh. Bonda and Walid always always alwaysssss love you baby !

Oklah, sekadar penutup, aku paste luahan hati pada baby Umar walaupun dia masih tak pandai membaca. Haha ! 

No comments:

Post a Comment