RESEPI AYAM BERPERISA KERALA

RESEPI AYAM BERPERISA KERALA - Jangan ditanya apa rasanya sebab aku tak pernah masak. Aku hanya tengok video tanpa resepi bertulis. Jadi sebab aku rajin, aku tulis semula resepi ini untuk rujukan aku kalau dah tak tahu nak masak apa.

Tengok video je dah buat aku terliur. Kerala ialah sebuah negeri di Pantai Malabar yang terletak di bahagian barat daya India. Kalau dah cerita tentang negara India, kita tahu mereka suka menggunakan rempah ratus dalam makanan. So, aku nak kongsi resepi ini dengan semua.

RESEPI AYAM BERPERISA KERALA
SUMBER : NDTVbeeps

RESEPI AYAM BERPERISA KERALA

Bahan-bahan (perapan) :

500gm ayam yang dipotong
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk cili
1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
2 tangkai cili padi / cili hijau - cincang
1 sudu kecil bawang putih - cincang
1 sudu kecil jus lemon
2 biji bawang besar - dihiris halus

------------------------------------------------------------------

Bahan-bahan (tumis) :

2 tangkai cili hijau / cili padi askar
2 tangkai daun kari
1 cawan puri tomato
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk garam masala
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil jus lemon

Cara-cara :

Ayam dicuci bersih dan di tos. Kemudian masukkan serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk ketumbar, cili padi @ cili hijau, bawang putih dan jus lemon. Perap lebih kurang 1 hingga 2 jam. Lagi lama perap lagi sedap.

Panaskan minyak yang banyak, kemudian goreng  bawang besar hingga menjadi bawang goreng. Toskan bawang yang telah digoreng.

Dengan minyak yang sama, goreng ayam yang telah diperap. Semasa menggoreng ayam, tutup dengan penutup kuali lebih kurang 2 minit, alih-alihkan ayam hingga masak. Toskan.

Dalam kuali yang sama, buang minyak yang berlebihan dan tinggalkan sedikit minyak untuk menumis. Tumis cili dan daun kari. Kemudian masukkan puri tomato diikuti garam, serbuk garam masala, serbuk lada hitam dan jus lemon. Akhir sekali masukkan bawang besar yang digoreng. Gaul rata dan sedia dihidang.

Nampak macam sedap kan? Selamat mencuba semua :)

The writer,
Tunsha Ayunie

2 comments: