RESEPI SOS VIETNAMESE ROLL YANG SEDAP DAN PEDAS

RESEPI SOS VIETNAMESE ROLL YANG SEDAP DAN PEDAS - Memang kegemaran aku dengan Mama kalau makan Vietnamese Roll ni, lebih lagi kalau ada daun pudina dan ketumbar dalam tu. Kalau original diorang letak daun selasih tapi aku tak suka. Tengik.


Vietnamese roll ni memang sejenis makanan sihat sebab guna daun herba yang segar. Kenyang pun kenyang. Kalau nak diet bolehlah makan vietnamese roll !

RESEPI SOS VIETNAMESE ROLL YANG SEDAP DAN PEDAS

Sos vietnamese roll ni banyak jenis. Ada jenis suka cicah dengan sos ikan + cili + bawang putih. Ini antara sos favourite aku. Hari ini aku nak share satu lagi resepi sos vietnamese roll yang sedap dan pedas.

RESEPI SOS VIETNAMESE ROLL YANG SEDAP DAN PEDAS

BAHAN-BAHAN :
3 batang cili hidup
7 batang cili padi - lebihkan kalau nak pedas
2 ulas bawang putih
Daun ketumbar
Sos cili
Garam
Gula
Mentega kacang

CARA-CARA :
Semua bahan diatas dikisar dan masak hingga mendidih. Sedia untuk dihidangkan.




Senang kan nak buat? Macam aku ni bila rajin, benda susah pun aku rasa senang. Tapi yang ni mudah je la bagi aku, sebab kau kisar lepas tu masak je sampai mendidih. Taraaaa dah siap !

Yang renyah tu bila kena buat vietnamese roll, haaa yang ni gila malas nak buat. Cuma kalau dah mengidam membawa penderitaan tu, rajin lah juga. Okbai.

The writer,
Tunsha Ayunie

2 comments:

  1. pernah sekali je makan vietnam roll ni.
    masa tu kat rumah terbuka member.
    tapi sos nyer ala-ala jer, auni. so aida tak terasa la nak repeat makan.
    sos tu penting kan dlm makanan gini.
    pembangkit rasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sos ni kena tengok tekak juga. Ada yang best ada yang tidak. Auni bab sos ni selalu try and error. Sebab sos dia banyak versi.

      Delete