SALEEM IKLIM MENINGGAL DUNIA

SALEEM IKLIM MENINGGAL DUNIA - Lagu-lagunya menjadi lagenda. Siapa yang tak kenal Saleem Iklim, yang merupakan salah seorang artis yang mempunyai suara emas. Beliau salah seorang lagenda Pop Rock yang terkenal zaman 90-an dulu.

Lagu seperti Suci Dalam Debu, Di Pintu Mahligai, dan Bukan Ku Tak Sudi adalah antara lagunya yang hits di corong radio. Kini, semua itu hanya tinggal kenangan dari Iklim kerana vokalisnya Saleem atau nama sebenarnya AM Saleem Abdul Majeed, 57 tahun,  telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras,  jam 6.30 pagi tadi.

SALEEM IKLIM MENINGGAL DUNIA

Allahyarham Saleem telah mengalami kemalangan pada 12 September lalu di Bandar Mahkota Cheras. Motosikal yang ditunggangnya telah melanggar kereta ketika keluar rumah dan ianya telah menyebabkan 12 tulang rusuk patah dan salah satunya tertusuk paru-paru.

Allahyarham kemudian dimasukkan ke hospital Kajang dalam keadaan koma sebelum dipindahkan ke PPUKM untuk rawatan lanjut.

Jenazah akan dibawa ke Surau As-Syakirin di Bukit Mahkota Cheras untuk disembahyang dan bakal dikebumikan di tanah perkuburan Islam di kawasan yang sama pada Ahad.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham AM Saleem Abdul Majeed.

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment