SINOPSIS KORBAN PENUNGGU HOSPITAL

SINOPSIS KORBAN PENUNGGU HOSPITAL - Jarang kalau tengok cerita seram, aku puas hati. Sebab kebanyakkan cerita seram di Malaysia ni agak klise. Beza pula dengan telemovie Korban Penunggu Hospital, aku sampai terbawa dalam mimpi sebab ianya seram dan agak thriller. Ini bagi aku tau.

Yang paling best, telemovie ini menampilkan Fauziah Latiff sebagai hantu/syaitan. Memang nampak menyeramkan muka Gee sampai aku lupa yang realitinya dia seorang penyanyi yang cantik.

SINOPSIS KORBAN PENUNGGU HOSPITAL

JUDUL : KORBAN PENUNGGU HOSPITAL
GENRE : Seram, Ngeri
PENGARAH : Eyra Rahman
PELAKON : Fauziah Latiff, Aprena Manrose, Kodi Rasheed, Jaa Suzuran, Andi Bernadee & Fatin Afeefa

SINOPSIS KORBAN PENUNGGU HOSPITAL
Mengisahkan tentang lima iaitu Kodi, Mia, Andi, Syakir, dan Mira yang merancang untuk bermain permainan yang dinamakan Turut Perintah Bakawali di sebuah hospital tinggal. Ketika bermain, seorang demi seorang dari mereka mati kecuali Mia. Apakah kaitan Mia dengan permainan yang mereka main?


PLOT
Mira mati sebab terminum racun, Andi mati kerana jatuh selepas terkejut melihat Dewi Kusuma, Syakir mati kerana dipukul oleh Kodi dan Kodi mati kerana menembak diri sendiri. Ketika inilah segala flashback muncul kembali.

SPOILER
Mia terpaksa mengikuti kata-kata roh Dewi Kusuma (Fauziah Latiff), iaitu jururawat yang bekerja di hospital tinggal itu pada masa lalu. Niat Mia cuma satu, supaya Dewi Kusuma membantu untuk menyembuhkan adiknya daripada kanser. Mia membuat perjanjian dengan Dewi Kusuma.

Syarat Dewi Kusuma adalah, Mia perlu membawa semua kawan-kawannya ke hospital tinggal itu. Dewi Kusuma memerlukan jari kelinking, gigi geraham, telinga dan mata supaya dia boleh hidup semula. Malah, dia meminta Mia untuk menyerahkan jasadnya namun Mia lupa dengan syarat Dewi Kusuma yang terakhir.


Adik Mia sembuh dan bebas kanser. Namun tidak lama selepas itu, adik Mia mati dilanggar kereta. Mia mulai sakit hati dan kembali mencari Dewi Kusuma. Semuanya dah terlambat, jasadnya menjadi milik Dewi Kusuma.

The writer,
Tunsha Ayunie

4 comments:

  1. aduh.. baca entry ni pun dah rasa seram...

    ReplyDelete
  2. ada tgk trailer nyer.
    kagum bila ada gee latiff tau.
    time dia makan & penuh dgn darah tu. hadoi lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan?? macam real sangat. Muka dia seram habisssss.... Kalah cerita dukun.

      Delete