SINOPSIS SPLIT TV SERIES (ASTRO CITRA)

SINOPSIS SPLIT TV SERIES (ASTRO CITRA) - Dulu aku tak minat pun si Shukri Yahaya ni. Di saat gadis-gadis obses dengan lakonan beliau, aku layan Youtube masak-masak. Haha ! Oklah, disebabkan sekrang aku dah minat pada lakonan Shukri Yahaya ni, aku nak share dengan korang drama terbaru lakonan Shukri Yahaya dengan Sara Ali.

Apa yang aku tahu, drama ini adaptasi dari novel tulisan Nurul Ain Shuhada. Aku pernah tengok filem SPLIT lakonan James Mc'Avoy. Tapi kali ni versi Melayu dan bersiri ya.

SINOPSIS SPLIT TV SERIES (ASTRO CITRA)

JUDUL : SPLIT TV SERIES
GENRE : Drama
TARIKH TAYANGAN : 1 November 2018
HARI / MASA : Selasa hingga Khamis, jam 11 malam
SIARAN : Astro Citra
PENGARAH : Jamal Khan
PENERBIT : MiG Production
PELAKON : Shukri Yahya, Sara Ali, Juliana Evans, Fadzil Zahari, Shah Iskandar, Dato Rahim Razali, Farisha Irwayu

SINOPSIS SPLIT TV SERIES

Maryam adalah seorang gadis yang lanjut usia. Dia masih belum terbuka untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya. Sehinggalah dia mula berkenalan dengan seseorang yang baik bicaranya dan murah dengan senyuman. Mereka menetap di bawah satu kondo yang sama.

“Kenapa saya tak pernah nampak awak?” – MIKAEL (Shukri Yahaya)
.
“Resident kat sini mungkin beribu. Probability awak nak terserempak dengan saya macam satu nisbah tujuh ribu. So, memanglah kita tak pernah terserempak.” – MARYAM (Sara Ali)
.
Hari demi hari pun berganti sehinggalah karakter yang berbeza dalam tubuh yang sama buat pertama kali muncul di hadapan Maryam! Jejaka penuh misteri itu kadang-kadang boleh berubah menjadi seorang pemarah, kasar, jahat dan semua sikap mazmumahlah senang cakap!
.
“Hoi? Kau hoikan aku? Aku ada nama okey. Nama aku bukan hoi. Hafez. H-A-F-E-Z. Hafez.” – HAFEZ
.
“Mikael, tak payah nak main-mainlah! Siang tadi awak tak buat perangai macam ni pun.” – MARYAM

SINOPSIS SPLIT TV SERIES (ASTRO CITRA)

Maryam mula pelik dengan personaliti Mikael yang bertukar-tukar. Siapa sebenarnya Mikael? Siapa pula Hafez? Disaat pelbagai persoalan muncul di minda Maryam, muncul pula karakter kanak-kanak bernama Adam yang sedang mencari ibunya. Mariam bertambah pening. Siapa pula Adam?

Hubungan Maryam dan Mikael semakin rapat dan mengikat hubungan mereka dengan perkahwinan atas desakan ayah Maryam yang mahu anaknya berkahwin. Maryam merasakan Mikael yang paling layak untuknya.

Setelah berkahwin, sekali lagi Maryam menerima kejutan. Mikael sekali lagi berubah personaliti. Tetapi bukan sebagai Hafez ataupun Adam, tetapi personaliti lain yang lebih mengejutkan Maryam.

Mampukah Maryam terus hidup dengan karakter-karakter lain Mikael? Semuanya akan terjawab dalam Split, TV Series.

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment