SINOPSIS SYIRIK ASTRO CITRA

SINOPSIS SYIRIK ASTRO CITRA - Jangan lupa menyaksikan telefilem Syirik arahan Micheal Ang dan Amor Rizan di saluran Astro Citra 131 dan Citra HD 126. Telefilem ini menampilkan Syafiq Kyle, Nad Zainal, Zain Saidin, Sharul Kamal, Aman Aziz & Sharifah Shahora.

SINOPSIS SYIRIK ASTRO CITRA

JUDUL : SYIRIK
HARI/MASA : Sabtu, jam 9:00 malam
SIARAN : Astro Citra (131) & Astro Citra HD (126)
PENULIS SKRIP : Amor Rizan
PENGARAH : Micheal Ang & Amor Rizan
PENERBIT : Cube Film Sdn Bhd
PELAKON : Syafiq Kyle, Nad Zainal, Zain Saidin, Sharul Kamal, Aman Aziz & Sharifah Shahora

SINOPSIS SYIRIK ASTRO CITRA

Mengisahkan Syafiq, seorang yang tidak bekerja dan telah terlibat dalam pengedaran dadah. Isterinya Mariam menghalang perbuatan Syafiq namun Syafiq tetap dengan keputusannya. Alasan Syafiq cuma satu, dia mahu membahagiakan Mariam.

Syafiq telah disuruh untuk edarkan dadah pada pembeli dan Syafiq telah ditemani oleh salah seorang anak buah kepada tokan dadah itu. Duit sudah diterima namun Syafiq telah ditipu oleh anak buah tokan itu dan duit itu lesap.

Syafiq dituduh mengambil kesemua duit hasil penjualan dadah tersebut. Alan yang merupakan tokan dadah itu datang ke rumah Syafiq dan telah menyerang serta membunuh Mariam.

SINOPSIS SYIRIK ASTRO CITRA

Setelah kejadian, Syafiq koma kerana dia juga turut dipukul setengah mati oleh Alan dan kuncu-kuncunya. Tersedar dari koma, Syafiq tidak mengingati apa-apa pun. Tapi ada perkara pelik berlaku apabila kuncu-kuncu Alan mati seorang demi seorang. 

The writer,
Tunsha Ayunie

2 comments:

  1. baru td tgk review citer ni kat Bawang Live.
    mcm menarik.
    arahan Michael Ang. pelakon nyer pun terbaik semua nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually tak berapa menarik pun. Slow sangat. Mengantuk nak tunggu ending. Tapi ending pun tak best. Kecewa.

      Delete