SYAMPU L'OREAL PARIS BOTANICALS CORIANDER STRENGTH CURE UNTUK RAMBUT GUGUR

SYAMPU L'OREAL PARIS BOTANICALS CORIANDER STRENGTH CURE UNTUK RAMBUT GUGUR - Puas aku cari syampu yang membantu baik-pulih rambut aku serta kurangkan sikit rambut gugur aku ni. Selain pakai minyak argan, syampu juga main peranan penting.

Ada sekali tu aku tengok retis mana entah cakap, dia pakai syampu botanicals. Tapi aku tak sure brand apa, so aku search je la dekat Lazada Malaysia, then aku nampak brand L'oreal Paris. Serta merta aku beli.



Mahal juga syampu ni tapi bagi aku memang berbaloi. Mungkin ada yang tak suka dengan bau coriander atau ketumbar ini tapi aku abaikan pasal bau, sebab ianya agak berkesan pada rambut aku.

SYAMPU L'OREAL PARIS BOTANICALS CORIANDER STRENGTH CURE UNTUK RAMBUT GUGUR

BOTANICALS CORIANDER STRENGTH CURE SHAMPOO


KEBAIKAN :
Bebas dari silikon, paraben dan pewarna. Menguatkan dan meransang pertumbuhan rambut dari akar hingga ke hujung. Aroma yang segar dari ketumbar dan membaiki rambut yang rapuh. Antara bahan-ramuan yang digunakan dalam syampu ini termasuklah ketumbar, minyak kelapa, dan soya.


TEKSTUR :
Syampu ini tidak berbau wangi. Lebih kepada bau yang sedikit mint. Berwarna jenih dan pekat. Tidak terlalu berbuih.


CARA PEMAKAIAN :
Guna pada rambut basah dan urut lebih kurang 5 minit. Kemudian bilas. Gunakan bersama perapi Botanicals Coriander Strength Cure.



Korang memang perlukan perapi atau conditioner selepas menggunakan syampu ini, sebab effect after bilas, rambut korang akan rasa macam kasar sikit. Mungkin aku akan setia guna Botanicals Coriander Strength Cure Shampoo ini sebab serasi dan rambut aku kurang gugur.

Produk ini juga menyediakan Serum dan Hair Mask.




The writer,
Tunsha Ayunie

14 comments:

  1. Wah baguslah produk ni.dengar cite wangi. Lelaki boleh pakai Tak heheeh

    ReplyDelete
  2. Produk loreal ni unisex ke? macam bagus je. maklumlah rambut dh makin menipis akibat umur meningkat.hehehe. Btw suka packaging je. Unik sangat

    ReplyDelete
  3. Skrg ni memang tengah cari syampoo utk rambut gugur, banyak sungguh gugur ni, risau betul sis dibuatnya, bolehlah nanti sis cuba pakai yang ni pulak, mana tahu sesuai

    ReplyDelete
  4. X pernah dengar shampoo ni..boleh check kat pasaran...well x tau coriander bleh jd bahan shampoo...menarik..

    ReplyDelete
  5. Bestnya dah jumpa jawapan kepada permasalahan yang dihadapi. Bab masalah rambut gugur memanglah stress. Sebab makin lama boleh nampak kulit kepala.

    ReplyDelete
  6. Finally dapat pon informasi utk mengatasi rambut gugur. Byk jugak survey produk rambut sblm nie tp rasa mcm xyakin pulak. Hopefully produk nie dpt membantu rambut gugur sy

    ReplyDelete
  7. Banyak syampoo yang bagus dan sesuai untuk rambut gugur, kena cari je kan..best nama dia ni botanicals..hehee..bgus ni..

    ReplyDelete
  8. I dah pakai shampoo yes memang agreed shampooo ni betul betul wangi dan lembutkan rambut I... espeically conditioner tu paling I tertarik sebab tak ada bahan paraben dan silikon tu yang i teruja tu ehheheeeee

    ReplyDelete
  9. Kak blm pernah guna shampoo Nick,klu bagus rasanya nk tray beli satu

    ReplyDelete
  10. Eh lia x perasan Loreal ada keluarkan syampu untuk rambut gugur. Packaging dia pun cantik lah. Nanti nak cuba lah sebab rambut makin gugur.

    ReplyDelete
  11. Alaaa tak berbuih jugak eh? Now i’m using the trial pack one, less bubbly juga. Nad suka yang berbuihhhh. Tapi kurang berbuih maksudnya kurang chemical lah.

    ReplyDelete
  12. kena cuba lah syampu ni sebab kte memang cerewet sikit pilih syampu sebab rambut jenis sensitif..hahaha..pendek kata memang kena pakai syampu mahal..haha..

    ReplyDelete
  13. Wow..mesti bau fresh n best ni..kt mana boleh beli dik?kt watson ada dak

    ReplyDelete
  14. Thanks for recommending I'll give this a try facing hair loss lately because of hormones changes.

    ReplyDelete