CELEBRATE CHRISTMAS EVE AND NEW YEAR'S BUFFET AT ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG 2018

CELEBRATE CHRISTMAS EVE AND NEW YEAR'S BUFFET AT ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG - Amboiii tajuk omputeh sangat tau. Ni saja lah nak cerita. Baru-baru ini aku berpeluang mencuba Christmas Eve and New Year's Dinner Buffet di Royale Chulan Bukit Bintang di Sunflowers Brasserie dekat Level 1.

Seusai masuk ke Sunflowers Brasserie, aku teruja melihat menu yang pelbagai serta cantik-cantik belaka. Dengan hiasan Christmas yang sangat-sangatlah comel.

CELEBRATE CHRISTMAS EVE AND NEW YEAR'S BUFFET AT ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG 2018

Bagi mereka yang ingin menyambut perayaan Hari Natal tapi tak ada idea nak sambut dimana, Royale Chulan Bukit Bintang ada menyediakan Christmas Eve & New Year's buffet. Banyak pilihan makanan dan pemanis mulut, yang tentunya dapat menaikkan semangat untuk korang meraikan perayaan.

"Hari Krismas adalah tradisi di Royale Chulan Bukit Bintang dan kami raikan secara besar-besaran," kata Pengurus Besar Royale Chulan Bukit Bintang, Encik Mashor Din.

Haa dari apa yang diperkatakan pun, kita boleh tahu kan yang Christmas Eve And New Year's Buffet ni sangat best.  Oh lupa nak bagitahu, dah nama pun Christmas Eve And New Year's. Jadi sempena Tahun Baru juga, korang boleh berkumpul dengan kawan-kawan dan keluarga sambil menikmati juadah buffet yang disediakan.

CELEBRATE CHRISTMAS EVE AND NEW YEAR'S BUFFET AT ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG 2018
Ketua Chef, Chef Raja Kamaroszaman (dua dari kanan), bersama chef-chef lain yang terlibat menyediakan Christmas Eve And New Year's Buffet di Royale Chulan Bukit Bintang.

Untuk pengetahuan semua, terlalu banyak menu yang disediakan oleh mereka. Dan yang pastinya, semua menu disediakan adalah HALAL 100%. Jadi jangan ragu-ragu ya? Nak tahu menu apa yang menarik?

Korang yang suka mulakan dengan Pembuka Selera merangkap appetizer, menu yang akan aku share ni mungkin buat korang terliur. 

Smoked Salmon with Citrus Mayonnaise
Poached Tiger Prawns and Mussels on Ice

Haaa! Itu baru je Pembuka Selera. Belum lagi Hot Dishes yang bakal menyebu dan mengenyangkan perut korang. Menu seperti Butter Rice, Oat Prawns, serta Teriyaki Beef on Grilled Pineapples antara yang terbaik. Kalau korang tak mahu makan nasi, korang boleh cuba Baked Lasagna with Seafood Tomato Sauce. Bukan itu saja, turut disediakan adalah Baked Stuffed Crab with Sitrus Sabayon dan Potato Croquettes, Brussels Sprouts, Tomato Provencal and Baby Carrots.

Butter Rice
Teriyaki Beef on Grilled Pineapples
Oat Prawns

Dah sedap dengan pelbagai juadah masakanan panas, kita cuba pula makanan rasmi untuk Christmas Eve iaitu Roasted Turkey with Grape Honey Sauce dan Roasted Whole Lamb. Siapa yang tak suka? Aku siap tenung tajam je si ayam Turkey tu. Dah lah sedap.

Hidangan ini dihidangkan bersama Italian Herbs with Marinated Lamb with Grilled Vegetables, dan juga Hot BQ Sauce serta Mint Jelly. Mint Jelly memang sedap dimakan dengan makanan grill seperti ayam turkey dan kambing yang disediakan.


Roasted Turkey with Grape Honey Sauce

Roasted Whole Lamb

Paling best bila aku nampak ada pelbagai jenis salad di kaunter. Kalau korang sukakan Caesar Salad, korang boleh buat Caesar Salad sendiri. Caesar Salad ini boleh pelbagaikan isi didalamnya, sangat flavourfull !

Untuk membuat Caesar Salad, telah disediakan pelbagai condinement seperti Mixed Lettuce, Chopped Parsley, Chopped Beef Bacon, Lime Juice, Parmesan Cheese, Chopped Anchovies, Egg, Olive Oil with Chopped Garlic, Shallots & Buttered Croutons.

Bukan sekadar Caesar Salad, malah pelbagai jenis salad yang tersedia. Pilih saja nak makan salad apa, serba serbi ada. Ada Roasted Chicken Salad, Greek Salad with Prawn, Green Mango Kerabu dan macam-macam lagi. Paling tempting bila aku tengok Marinated Octopus Salad. Ya Allah... ingat masa ni rasa nak makan lagi.






Selain itu, dalam pakej Christmas Eve And New Year's Buffet ada menyediakan pelbagai jenis pasta dengan pelbagai sos serta condinements di Pasta Corner. Antara sos yang tersedia adalah seperti Napolean Sauce, Bolognaise Sauce dan Carbonara Sauce. Boleh dimasukkan condinement seperti capsicum, capers, black olives, spring onions, chicken ham & cheese.

Kalau korang teringin makan light-light je, ada juga Cream of Tomato Soup, juga Garlic Bread serta pelbagai jenis roti dan butter.


Dah puas makan savuri, bolehlah layan dessert pula. Macam-macam dessert yang ada, mungkin takkan muat perut korang untuk rasa semua. Seriously! Memang rambang mata.


Banyak kan? Memang pelbagai pilihan dessert yang menjadi pilihan. Aku asyik repeat dessert je sampai lupa aku tak boleh ambil gula terlalu banyak. Tapi, tak dapat kawal nafsu tengok dessert cantik tersusun rapi di kaunter.

PILIHAN MENU DESSERT DI CHRISTMAS EVE AND NEW YEAR'S BUFFET
● Christmas Fruit Cake
 Vanilla Yule Log
 Chocolate Yule log
 Almond Stollen
 Tiramisu in Shooter
 Orange Cinnamon Savarin
 Christmas Cookies
 Panettone and Pandoro
 Bitter Dark Chocolate Mousse in Chocolate Cup
 Praline Cheese Cake
 Mince Pies
 Christmas French Pastry
 Christmas Pudding with Vanilla Anglaise
 Gingerbread Men
 English Trifle 
 Christmas Cinnamon Brulee
 Assorted Puddings
 Tropical Mix Fruits

Jadi, jika ada kelapangan, ajaklah kawan atau keluarga meluangkan masa bersama sambil menikmati pelbagai jenis makanan di Royale Chulan Bukit Bintang. Jom lihat promosi yang disediakan.

PROMOTIONS DURING CHRISTMAS AND NEW YEAR
Christmas Eve Buffet Dinner
24 December 2018
Royale Ballroom, Level 2
7pm – 10.30pm
RM128nett for adults 
RM70nett seniors and children

New Year Eve Buffet Dinner
31 December 2018
Royale Ballroom, Level 2
7pm – 10.30pm
RM128nett for adults 
RM70nett seniors and children


OTHER PROMOTIONS DURING CHRISTMAS AND NEW YEAR : 
Christmas Eve Western Set Dinner
24 December 2018
Café Royale & Bar, Ground Level 
7pm – 10.30pm
RM108nett per person

Christmas Day Buffet Hi-Tea
25 December 2018
Sunflowers Brasserie, Level 1 
12.30pm – 4.00pm
RM78.00nett for adults
 RM48.00nett for seniors and children

New Year Eve Set Dinner
31 December 2018
Café Royale & Bar, Ground Level 
7pm – 10.30pm
RM108nett per person

New Year Day Buffet Hi-Tea
1 January 2019
Sunflowers Brasserie, Level 1 
12.30pm – 4.00pm
RM78.00nett for adults
RM48.00 for seniors and children


ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG
17-21, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia

TEL :
03-2147 9898 

11 comments:

  1. Aduh auni, banyak nya pilihan dia. Ni memang berejam la duduk sini sini nak try satu persatu

    ReplyDelete
  2. Wah.. Colourful sungguh. Terus rambang mata nk mkn mana satu ni...

    ReplyDelete
  3. Adoi..... enak enak makanannya nih. Tak lama lagi 25 Desember. Sebulan lagi perayaan natal berlangsung. Pasti teman teman yang merayakan udah prepare dari sekarang. Hotel ini bisa jadi solusi untuk merayakannya.

    ReplyDelete
  4. Nyum nyum sedapnya menu makanan kat sana. Tak berkesempatan nak pergi kalau tak boleh jumpa awak hee

    ReplyDelete
  5. Nampk sedap2 makanan yang ditawarkan kat sini. Boleh rekomen oada kengkawan yang nak pegi makan buffet sempena krismas.

    ReplyDelete
  6. so yummy food must try, and we loved buffet because many choices to try and eat. Glad to know this from you, now can plan on where to eat when bro in law come.

    ReplyDelete
  7. Ala terus rasa rugi tak ke sini last week. Tengok appetizers je dah kecur air liur. Belum masuk main course dia lagi. Dengan pelbagai menu tu memang padan dengan harga nya kan.

    ReplyDelete
  8. Lapaq wehhh tengok gambar makanan2 tu. Terliur nih. Kalau makan buffet, mmg taak ingat dunia la. Hahaha. Tapi kalau nak pegi, kena pegi dgn yg pandai makan banyak. Kalau tak, rugi. Hehe

    ReplyDelete
  9. Silap lah baca blog Auni tengah2 malam mcm nie. Terus jdi lapar dan teringin nak makan. Ya Allah sedapnya !! Nanti nak plan bawak keluarga ke sini lah. Harga pon berpatutan dgn apa yg ditawarkan

    ReplyDelete
  10. Wow! Sedappppnya Christmas buffet ni, sy mmg sashimi fans ... terliuh tengok smoked salmon tu! Dessert mmg favourite lah !

    ReplyDelete
  11. Teriyaki beef tu nampak sedap nya, berjus sangat2. Haaihh desert2 pun geram tengok. Harga pun berpatutan dengan jumlah menu, berbaloi

    ReplyDelete