JANGAN RASA DUGAAN KITA HEBAT, SEDANGKAN.....

Dah lama aku tak tulis pasal peribadi. Aku memang mencari rezeki dengan menulis blog. Aku juga mencari rezeki dengan menjual minyak wangi. Aku juga berkeinginan untuk meniaga makanan. Cuma, kudrat aku dah tak kuat, walaupun pelbagai pembedahan aku buat kerana janji-janji yang mengatakan aku tak akan rasa sakit lagi. Jadi aku banyak gunakan blog ini untuk entri kerja berbanding cerita simpati tentang diri aku.

Malam ini aku langgar aku punya prinsip. Blog aku kan? :)



P.A.S.R.A.H

Seperti harapan aku yang punah untuk menggunakan buah pinggang Mama, aku juga sesal dan sedih kerana badan aku masih lagi sakit. Sebelum leher aku dikerat, aku dijanjikan badan akan lebih sihat selepas pembedahan. Namun, pengakhirannya tidak.

H.I.K.M.A.H

Walaupun badan aku masih sakit, tapi aku bersyukur. Kerana pembedahan paratiroid pada bulan May, aku mengetahui bahawa aku ada kanser tiroid. Ya, kanser tiroid antara kanser yang boleh dihilangkan terus atau paling lambat merebak. TETAPI, ianya tetap kanser. Dia akan datang tanpa kita sedar pun.
.
.
L.E.T.I.H

Aku juga seorang manusia. Tidak selamanya aku kuat. Aku mungkin bukan sejenis manusia yang suka berdiam diri dengan apa yang aku alami. Dulu aku kuat memendam, tapi aku lebih selesa sekarang bila orang kenal siapa aku.

Aku letih dengan ujian ALLAH SWT bagi pada aku sebenarnya. Aku penat menahan segala rasa. Aku penat rasa cemburu dengan hidup orang yang lebih baik. Fitrah aku sebagai manusia, punya keinginan yang tinggi.
.
.
T.A.B.A.H

Aku juga suka bandingkan hidup aku dengan orang lain. Aku cemburu adik aku ada segulung ijazah. Ada majlis konvo dan keluarga meraikan dia. Aku juga cemburu adik-adik aku ada kerja sendiri. Bila diri dipenuhi sikap mazmumah, segalanya buat aku rasa tercabar. Aku tidak tabah.
.
.
R.E.D.H.A

Kembali pada fitrah, ketika aku berjanji pada Tuhan di dalam rahim Mama, aku akan terima segala ujian yang DIA berikan pada aku. Siapa aku untuk mungkiri janji?

.
.
.

Jangan terlalu rasa ujian kita ini berat, jangan terlalu merintih. Sedangkan kita semua sudah berjanji pada ALLAH SWT sebelum kita dilahirkan. Kita dah janji :)
.
.
.
.
The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment