KEMPEN JADI KAYA DENGAN ZAKAT

KEMPEN JADI KAYA DENGAN ZAKAT - Menuju gerbang terakhir tahun 2018, Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) telah mengadakan kempen 'Jadi Kaya Dengan Zakat' bagi menghebahkan tentang keberkatan berzakat dari pelbagai aspek kepada umum.

Zakat Harta yang boleh ditunaikan sepanjang bulan Disember iaitu Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP dan Zakat Saham. Ini juga mengalakkan umum untuk membayar zakat yang tertunda dari tahun sebelumnya dengan menunaikan Qada Zakat. 


Selaras dengan moto utama PPZ-MAIWP iaitu 'Memudahkan Anda Berzakat' empat saluran pembayaran zakat yang telah disediakan bagi memudahkan pembayar adalah melalui :

1) 11 KAUNTER PPZ-MAIWP

Dibuka 7 hari seminggu termasuk CUTI UMUM

Waktu operasi : 1 Disember - 25 Disember , 8.15 pagi - 4.45 petang 

Senarai lokasi kaunter-kaunter PPZ-MAIWP

1. Shamelin Perkasa (HQ PPZ-MAIWP)
2. Plaza RAH, Kampung baru
3. Masjid Negara
4. KLSC Wangsa Maju
5. UTC KL, Pudu Sentral
6. Presint 9, Putrajaya
7. Presint 15, Diplomatik, Putrajaya
8. Masjid Al-Imam Al- Ghazali, Kepong
9. Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, TTDI
10. Masjid Abdul Rahman Bin Auf, Jalan Puchong 
11. Labuan Times Square

Bagi mempromosikan saluran ini dengan penampilan istimewa Ustaz Haslin Baharim, Norman Hakim dan Ustaz Elyas Ismail.


2) PORTAL PPZ-MAIWP - http://www.ZAKAT.com.my

Apakah keistimewaan pembayaran zakat melalui saluran ini?

1. Pengunaan resit rasmi bayaran online secara sepenuhnya
2. Pengiraan kalkulator zakat secara automatik yang lebih ringkas
3. Melakukan pembayaran lebih dari satu jenis zakat dalam satu masa dengan pengunaan Troli Zakat
4. Integrasi pembayaran zakat mengunakan chatbox FB Messenger agar menjawab persoalan kiraan zakat yang ingin ditunaikan
5. Video tutorial berkaitan panduan pengiraan zakat
6. Bacaan doa untuk para muzakki (pembayar zakat) setelah selesai pembayaran zakat di lakukan
7. Dan sudah tentunya, pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP ini boleh dibuat pada bila-bila sahaja dan di mana sahaja anda berada.

Selebriti yang bakal mempromosikan saluran ini adalah Amar Baharin

3) PERBANKAN INTERNET

Dengan konsep semudah di hujung jari, 14 bank telah dilantik sebagai ejen bagi memudahkan pembayaran zakat di PPZ- MAIWP. Pembayaran zakat menerusi kaunter-kaunter bank yang dilantik oleh PPZ-MAIWP sebagai ejen kutipan zakat. 

Penampilan istimewa bagi saluran ini adalah Imam Muda Asyraf.


4) KAUNTER ZAKAT BERGERAK PPZ-MAIWP

Pihak PPZ-MAIWP memperkenalkan perkhidmtan khas 'Door-to-Door' bagi pembayaran zakat RM5000.00 ke atas. Perkhidmatan ini membolehkan pihak PPZ-MAIWP ke lokasi anda. Hubungi talian zakat 1 300 88 5757 bagi perkhidmatan ini. 

Selebriti yang membantu dalam mempromosikan saluran ini ialah Ngasrizal Ngasri (Bell).


5) TABUNG DIDIK ZAKAT PPZ-MAIWP

PPZ-MAIWP memperkenalkan Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP serendah RM10 bagi mendidik kanak-kanak untuk lebih dekat dengan ibadah zakat dan memperolehi tabung khas bagi mengalakkan aktiviti tersebut dilaksanakan. 

PU Azman antara selebriti yang akan membantu PPZ-MAIWP bagi menggalakkan aktiviti ini dilaksanakan. 

Selain itu, bagi menghargai para pembayar zakat yang membuat pembayaran di PPZ-MAIWP , pelbagai cenderahati khas seperti kalendar 2019 turut disediakan. 


Kempen 'Jadi Kaya Dengan Zakat' ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff dengan penampilan istimewa seperti Amar Bahrin, Bell Ngasri dan PU Azman.


PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat islam di Wilayah Persekutuan merebut keberkatan menunaikan zakat bagi mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita. Dengan pelbagai saluran yang disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP, diharapkan tiada alasan lagi untuk umum tidak menunaikan zakat atau menangguhkan penunainya. 


' PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT '


11 comments:

  1. bagus kempen macam ni... senang memudahkan cara untuk bayar zakat

    ReplyDelete
  2. ada pembayaran melalui online tuh yang bagus senang bagi kita yang tak de masa kat PPZ office kan..

    ReplyDelete
  3. Iday suka betul dengan Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) ni, diorang selalu ada effort untuk galakkan rakyat malaysia bayar zakat. Macam tahun lepas, diorang siap buat content dan hadiah yang best2.

    Dah la senang, boleh bayar online je. hehehe

    ReplyDelete
  4. Bagus program ni untuk tujuan pendedahan , ramai yang masih tak tahu tentang Zakat dah boleh bayar secara online dan sepatutnya tiada alasan lagi untuk kita semua tidak membayar zakat . Semoga program seumpama ini dapat disebarkan supaya sampai ke golongan sasaran

    ReplyDelete
  5. waa mmg bagus betul bila ada kempen mcm ni, at least dlm masa yg sama dpt bg peringatan kpd org ramai tentang berzakat ni kn. bagusnya skrg ni dh mudah betul unt bayar zakat kan, so xde alasan lg unt terlepas or taknak bayar 😊

    ReplyDelete
  6. Banyak kaunter kita boleh zakat rupanya. Apatah lagi sekarang ada siatem
    Pembayaran secara online memang memudahkan.

    ReplyDelete
  7. Bagus yer PPZ ni. Bnayak betul saluran nak tunaikan zakat dan sucikan harta kita. Terbaik kempen jadi kaya dengan zakat ni. Semoga orang ramai dapat sama-sama hulurkan duit zakat dengan mudah.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah ada program macam ni, sekurang-kurangnya orang ramai jadi peka dan sedar dengan kepentingan berzakat. Mudahan bukan jadi kaya je orang yang berzakat tu tapi hidup pun diberkati oleh Allah. Mudahan..

    ReplyDelete
  9. Wow I'm impressed! I thought online banking is already convenient enough but now they introduced door to door collection as well? It is a good campaign to educate public on zakat

    ReplyDelete
  10. Senang dah nk byar zakat skrg ni. Xda dah alasan susah ke.. Online saja. .siap boleh menang lgi. Syioknya

    ReplyDelete
  11. Good info for Muslim's friends. Apa-apa boleh refer dgn artikel no.

    ReplyDelete