LANGKAWI TOUR PACKAGES DENGAN TRAVELOKA

LANGKAWI TOUR PACKAGES DENGAN TRAVELOKA - Assalamualaikum wbt. Hai korang ! Tak lama lagi, budak-budak sekolah mesti seronok sebab dah mula cuti sekolah kan? Dah nama pun cuti sekolah, of coz lah kaum ayah dengan mak pun nak bawa anak-anak pergi bercuti. Sambil riadah, boleh belajar budaya dan makanan orang lain. Lebih lagi kita yang tinggal di Kuala Lumpur ini.

Di Malaysia ini, banyak tempat yang kita boleh pergi untuk bercuti. Salah satunya, Langkawi, yang terletak Kedah Darul Aman. Kalau sampai ke Langkawi, memang rasa teruja tengok patung helang terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah berposing dengan megah di Dataran Lang.


LANGKAWI TOUR PACKAGES DENGAN TRAVELOKA
Source : Google Image

Aku memang excited sangat kalau bercerita tentang Langkawi, sebab suasana di sana sangat segar, aman damai dan merupakan destinasi pelancongan dan percutian yang sangat menarik.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di Langkawi termasuklah parasailing di Pantang Tanjung Rhu, membuat aktiviti lasak di Skytrex Langkawi, manaiki cable car ke Gunung Mat Cincang, berkayak di Sungai Kubang Badak, mandi di Tasik Dayang Bunting (yang ni aku suka, hehe), dan banyak lagi aktiviti yang best-best tau ! Makam Mahsuri jangan dilupa.

LANGKAWI TOUR PACKAGES DENGAN TRAVELOKA
Source : Google Image

Bila dah bercuti ni, mestilah penat. Bila penat, mesti korang lapar. Dah lapar, mesti nak makan. Haha ! Makan je kerja kau. Bukan saja aktiviti riadah yang best untuk dibuat bila kita pergi bercuti, tapi makan adalah perkara yang best juga dan WAJIB tau.

Di Langkawi, korang perlulah mencuba Laksa Power Langkawi yang terletak di bahu jalan antara lapangan terbang Langkawi menuju ke Pantai Cenang Langkawi. , aku dengar laksa tu 5 bintang punya laksa !

Selain itu juga, untuk penggemar makanan laut, boleh mencuba pelbagai masakan makanan laut yang segar di Islandish Seafood Restaurant dekat Pantai Cenang Langkawi.

LANGKAWI TOUR PACKAGES DENGAN TRAVELOKA
Source : Google Image

Puas dah berangan bila membayangkan keseronokan bercuti di Pulau Langkawi. Tapi, bila musim cuti sekolah ni, adakala harga tiket penerbangan dan hotel semuanya menjadi berganda mahal. Nak pergi bercuti pun berkira-kira.

Risau pula lari dari budget yang asal. Pening pula kepala kaum mak ayah yang baru bercadang nak bawa anak-anak pergi bercuti. Mungkin apa yang aku nak kongsi ini mengubat sikit kerisauan korang terhadap budget tu.

Korang janganlah risau, tempah saja Langkawi Tour Packages dengan Traveloka ! Sebab apa? Sebab ada benda best untuk korang dimana korang boleh menempah tiket penerbangan dan hotel dengan harga yang lebih rendah dan murah! Seronok ke tidak? Kalau korang nak tahu, pakej ini dua dalam satu tau. Kiranya tersangatlah berbaloi-baloi !

Dengan pakej tiket penerbangan dan hotel yang tersedia di Traveloka Malaysia, korang boleh mengunjungi Langkawi dengan lebih mudah dan murah. Pilih pelbagai pakej pelancongan yang telah ditawarkan dan ubah suai pakej-pakej tersebut seperti yang korang mahukan untuk mendapatkan kombinasi yang paling sesuai.

LANGKAWI TOUR PACKAGES DENGAN TRAVELOKA

Ya, Traveloka sedang membuat ciri-ciri yang terbaru khas untuk pelanggan-pelanggan yang menempah percutian menggunakan Traveloka. Baik sungguh Traveloka ini. Bayangkan yang korang berjimat sehingga 11.5% dengan Pakej Penerbangan + Hotel !

KENAPA PERLU MENEMPAH PAKEJ PENERBANGAN + HOTEL DENGAN TRAVELOKA?


● LEBIH BERBALOI BERSAMA
Berdua kan lebih baik? Melancong dan bercuti dengan harga yang rendah bila korang menempah penerbangan dan hotel bersama. Lebih murah bila korang menempah secara kombo ! Tak perlu pening kepala.


● TEMPAHAN FLEKSIBEL
Boleh gabungkan penerbangan dan hotel pilihan korang boleh menikmati kebebasan untuk menyesuaikan perjalanan percutian korang. Terokai pelbagai pilihan pada harga yang memang tiada tandingan.


● PILIHAN BAYARAN UNTUK SEMUA
Pelbagai kaedah pembayaran yang Traveloka sediakan sama ada tunai atau kad untuk kemudahan korang. Korang hanya perlu memilih je. Nak berbelanja melalui kredit? Kenapa tidak? Jadikan percutian impian korang satu kenyataan dengan pelan ansuran 0% terkini dari Traveloka.



BELI SAMA-SAMA, JIMAT SAMA-SAMA
Memang leceh kan kalau kena tempah hotel dan penerbangan secara berasingan? Korang jangan risau dan tempah lah penerbangan dan hotel bersama dan dapatkan diskaun sehingga RM70 untuk percutian korang. Perghhh ada diskaun !

Menarik kan tawaran yang ditawarkan oleh Traveloka? Tapi kan tawaran ini tak lama ye sayang-sayangku. Hanya sehingga 15 November 2019 je tau. Cepat-cepat pergi tempah.

Untuk korang yang nak tahu cara untuk menempah, disini aku sediakan cara-caranya.

Various Choices


BAGAIMANA UNTUK MENEMPAH PENERBANGAN + HOTEL DI TRAVELOKA


1) CARI PENERBANGAN + HOTEL
Mulakan carian korang dengan mengisi destinasi, tarikh perjalanan dan tempoh penginapan.


2) PILIH KOMBINASI
Di halaman hasil carian, pilih kombinasi Penerbangan + Hotel yang korang inginkan.


3) UBAH KOMBINASI
Kalau korang nak ubah kombinasi, tekan UBAH pada Penerbangan Anda semasa menggunakan Traveloka App. Untuk laman web Traveloka, klik Ubah Bilik atau Ubah Penerbangan.


4) TEMPAH PENERBANGAN + HOTEL
Semak ringkasan perjalanan dan klik Pilih untuk meneruskan. Isi butiran penempah dan pelancong, dan pastikan semua butiran adalah tepat.


5) TERUSKAN DENGAN PEMBAYARAN
Pilih kaedah pembayaran yang di inginkan. Setelah bayaran diterima, e-tiket dan baucar akan dihantar ke emel anda dalam masa 60 minit.
.
.
.
Oh ya, sekadar info untuk korang, pakej ini boleh didapati di laman web Traveloka dan juga aplikasi di Android. Untuk IOS coming soon ya?

Untuk butiran lanjut, korang bolehlah layari https://www.traveloka.com/en-my/packages

5 comments:

  1. Best nyaa nak jalan-jalan. Senang nak buat decision jalan2 skrg dgn pakej2 macam ni.

    ReplyDelete
  2. yeah few years back went to Langkawi but no try their cable car due to heavy rain. We got there and didn't buy tiket as see weather is cloudy and crowd there. So later so heavy raining, lucky too no buy as some people stuck half way.. thats what we heard other saying.

    ReplyDelete
  3. Kebetulan Rawlins memang mencari pakej untuk family vacation. Paling bahagia bila ada code memurah muncul - terus rasa bahagia nak bercuti dengan keluarga

    ReplyDelete
  4. wah bagusnyaaa traveloka ini kan? macam =macam promo ada hehehe utk langkawi pun ada boleh la try nanti

    ReplyDelete
  5. Alaa bestnya. Details auni explain. Nasib sempat lagi nak explore traveloka ni. Tanx taw info. Tengok laksa tu buat ena nak terbang ke sana sekarang 😁

    ReplyDelete