MAKAN DI OJJU MALAYSIA NU SENTRAL KUALA LUMPUR

MAKAN DI OJJU MALAYSIA NU SENTRAL KUALA LUMPUR - Haritu aku dijemput untuk merasai keenakan ayam gulung cheese di Ojju K-Food, bertempat di NU Sentral Kuala Lumpur. Ojju adalah sebuah restoran Korea dan menyediakan konsep fusion di dalam menu mereka.

Ojju K-Food di NU Sentral baru dibuka pada 14 Oktober 2018. Sebelumnya, restoran ini telah dibuka terlebih dahulu di Jakarta, Indonesia. Kalau korang nak tahu, Dolly Dimsum juga di bawah pemilik yang sama dengan Ojju K-Food, iaitu Asia Mex Concept.

MAKAN DI OJJU MALAYSIA NU SENTRAL KUALA LUMPUR

Makanan di Ojju memang lain daripada makanan di restoran Korea yang lain. Kebanyakkan restoran makanan Korea menyediakan makanan Korea yang klasik, lain pula di Ojju. Makanan di Ojju berkonsepkan fusion, dan lebih moden. Kalau korang tak pandai makan makanan Korea Klasik, boleh cuba makan di Ojju sebab ianya melebihkan citarasa tempatan.

Antara menu yang menarik perhatian aku adalah Birdy Burger, iaitu burger yang mempunyai ayam rangup, sos BBQ special dan hirisan kimchi. Juga The Triple B burger, yang mempunyai daging bulgogi dan hirisan kobis ungu.

Memang buntang mata sikit aku dengan menu di Ojju sebab ianya lain dari yang lain. Aku sempat mencuba beberapa jenis makanan iaitu Chicken Rolling Cheese, Hot & Spicy Fried Chicken, Gyeran Jjim & Milo Sonata Bingsoo.

Chicken Rolling Cheese

CHICKEN ROLLING CHEESE : Ayam goreng yang disalut dengan perasa yang istimewa, dan digulung dengan cheese. Untuk pengetahuan korang, dalam cheese tu ada cili jeruk dan jagung. Memang meletup-letup dalam mulut, sedapnya Ya Ampunnnn...

Selain ayam, mereka juga menyediakan Beef Ribs. Kalau nak cuba kelainan, ini menu yang harus korang cuba. Rasanya tak ada lagi kedai yang buat Beef Ribs Rolling Cheese ini, hanya di Ojju!


Oh ya, untuk tidak membazir bahan-bahan lebihan hasil Chicken / Beef Ribs Rolling Cheese tu, mereka akan masak dengan nasi pula ya. Nasi dia pun memang sedaplah sebab ada butter dan seaweed di dalam. Hoiii ngencess pula sambil menaip ni.

Photo Credit : Ojju Indo

Hot & Spicy Fried Chicken

HOT & SPICY FRIED CHICKEN : Aku paling suka menu ni sebab pedas. Pedas dia memang berair mata juga lah. Menu ini dihidangkan dengan kerepek ubi ungu yang manis. Sos dia manis-manis pedas. Memang layan sangat.


GYERAN JJIM : Ini kegemaran tuan suami. Telur kukus yang memang fluffy sampai kau tak sedar kau dah habis makan. Tapi memang sedap sangat. Aku dapat rasa ada soy sauce didalam.


MILO SONATA : Bagi penggemar milo, mesti sukakan dessert Bingsoo ini. Snow Ice memang sedap, tak manis. Dan manisnya datang daripada milo je. Kalau tak suka manis tapi suka milo, aku prefer Milo Sonata Bingsoo. Sebab aku tak kuat manis, tapi aku suka bingsoo ni.

Aku faham, dikalangan kita orang Muslim, pasti mencari kedai makan Halalan Toyibban kan? Jujurnya, Ojju tidak mempunyai sijil halal dari Jakim, tetapi barang mentah yang digunakan adalah halal dan mempunyai sijil halal. Korang boleh minta untuk tengok sijil halal tu kalau rasa was-was.

Kalau korang nak datang, make sure datang awal. Sebab masa aku datang waktu lunch, memang full house !

~ RATING ~

Food 4.5 / 5.0 | Price 3.5 / 5.0 | Enviroment  4.5 / 5.0

OJJU K-FOOD NU SENTRAL
No. L4.01 (03 & 04),
Level 4 NU Sentral Shopping Centre
No, 201, Jalan Tun Sambanthan,
50470 Kuala Lumpur
https://www.facebook.com/OjjuMalaysia
012-384 1008 (contact)

20 comments:

  1. Menarik rolling cheese.. mesti sedap sangat ni kan? alahaiii.. mujurlah tak premamt...lau tak,msti menitik dah ailio

    ReplyDelete
  2. sedapnya tengok semua makanan dia.airah dah la memang penggemar makanan korea.ni dah masuk lagi satu list restoran yang kena pergi.

    ReplyDelete
  3. Aduh auni, tengah2 lapar duk tengok entry auni ni pulaaa

    ReplyDelete
  4. Ayam gulung cheese mmg femes skarang..nanti nk try la..oh dolly dimsum pn pengurusan sama juga

    ReplyDelete
  5. OMG! dengar pasal tempat ni but tak pernah try lagi. Menu they all nampak menarik. Especially nampak cara you makan. Nampak sedap sangat.

    ReplyDelete
  6. yang suka masakan korea tu wajib singgan sini. saya teringin betul nak try chicken wings tu. tapi masih belum berkesempatan

    ReplyDelete
  7. Ya Allah sedapnya Milo Santana tu hehehe memang kegemaran kita lah dessert macam ni nak pergi cuba nak makan kat sini sapa nak ikut hehehe bestnya...

    ReplyDelete
  8. Nasib la asben k.fiezz bukan penggemar makanan korean. Klu tak, dh heret ke sini.. Haha

    ReplyDelete
  9. Sedapnya... Baru last 2 week singgah sini, konon2 nak cari Korean Food. Tapi orang ramai, terpaksa ke restaurant lain.

    ReplyDelete
  10. kit apernah makan makanan korea dekat mr dulgakbi je..namapk sedap pulak ojju ni erk..nak jugala rasa..hehee..belum rasa lagi ayam tu

    ReplyDelete
  11. These dishes are so sinful. Korean food is one of my favorite and I was just at Nu Sentral the other day, not knowing what to eat, next time I'll try this.

    ReplyDelete
  12. ya ampun yang berkeju tu meminta sungguh...selalu tengok kat tv...sekarang dah tahu kat mana nak nikmati makanan ni...dahla memang peminat makanan korea haruslah kena cuba heheheh

    ReplyDelete
  13. Sekarang senang nak dapatkan makanan korea kan.. Sebab mcm2 ada..ojju la..kfry laa apa la..hehehe.. Tengok aunie makan pon jd lapo dah... Haha.

    ReplyDelete
  14. Wahh ojju pun dah start buat ayam cheese gitu. Nampak sedap. Hehehe. Nanti boleh cuba. Cuma jarang pi kl sentral. Melainkan kalau pi travel. Ada singgah kat situ. Hehe

    ReplyDelete
  15. Adududu.. Sedapnyaaa..
    Kota tak biasa makan mknn korea.
    Tapi tergoda tengok auam yang disaluti cheese tu.
    Klau dapat rasa, satu nikmat tu.

    ReplyDelete
  16. Chicken rolling cheese dengan milo sonata tu buat Qiya terliur je. Da la Qiya craving sangat ratah milo sekarang ni. Tapi banyaknya auni makan...heee

    ReplyDelete
  17. chicken rolling cheesee tu menggugat jiwa nyaaa!haha

    ReplyDelete
  18. syok nya makan makanan macam ni.. looks so yummy and delicious.. nak go try try..

    ReplyDelete
  19. Aku suka banget makan chicken rolling cheesex. Rwccomenden deh, nanti klo ke kuala lumpur mau makan kesini

    ReplyDelete
  20. Aku suka banget makan chicken rolling cheesex. Rwccomenden deh, nanti klo ke kuala lumpur mau makan kesini

    ReplyDelete