MAKAN DIM SUM SEDAP DI DOLLY DIM SUM NU SENTRAL

MAKAN DIM SUM SEDAP DI DOLLY DIMSUM NU SENTRAL - Punyalah lama teringin makan dim sum, akhirnya dapat juga. Memang tak menyesal. Selalu aku baca je betapa sedapnya dim sum kat sini, tapi tak berkesempatan untuk merasai. Akhirnya rezeki, dapat juga makan dim sum di Dolly DimSum, cawangan NU Sentral.


Nak cari dim sum yang halal memang susah. Sebab ini kan bukan makanan kita. Di Dolly Dim Sum, semua bahannya diperoleh dari barang-barang yang halal, jadi tak perlu was-was.

Aku datang-datang je haritu terus excited. Tuan suami kemain excited tangkap gambar kiri kanan. Aku excited tunggu makanan sampai je. Mwahahhaa ! Aku memang peminat dimsum so bila dimsum ada depan mata aku, automatik aku rasa terharu dan nak menangis. Drama sangat.

So, marilah aku jamu mata korang dengan apa yang aku makan di Dolly Dim Sum NU Sentral.

EGG CUSTARD BUN : Sebelum aku makan aku research dulu tau. So far memang aku teringin gila nak makan Egg Custard Bun ni sebab dia ada salted egg yolk ! Sekali gigit, comot mulut kau. Ini antara favourite aku dan must-order ya.

Rasa dia yang lemak-lemak masin manis tu bikin aku teringat~

YAM CROQUETTE : Sekali makan macam bergedil daging. Kalau bergedil dibuat dari kentang tapi Yam Croquette dari keladi. Selain keladi, ada juga daging dang kacang pis. Yang jaring-jaring tu telur ya. Sedap juga sebab dia tak heavy dan tak berapa light sangat.

SPICY SZECHUAN DUMPLING : Yang ni aku suka sebab dia sangat garlicy tau. Aku suka garlic and spicy tho. So memang sedap sangat di tekak aku. Rasa agak balance. Udang seketul-seketul. Baik-baik kalau korang jenis tak suka gigit cili. Cili dia pedas juga oiii.

"SIEW MAI" DUMPLING : Yang ni yang aku tunggu sebenarnya. "Siew Mai" favourite. Ya Allah, masa makan ni laaa aku rasa nak nangis. Kau bayangkan, makan Siew Mai pun boleh jadi drama. Kah! Ada ayam, udang, dengan cendawan. Rasa bercampur-campur dalam mulut. Puas hati. Dah la besar-besar. Udang seketul-seketul juga.

DOLLY MOZZA ROLL : Udang dengan mozarella yang cair, dibalut dengan kulit tauhu. Berebut aku dengan tuan suami. Maaflah, bab makanan susah nak beralah. Huhu. Sedap layan dengan rasa keju, dengan kulit tauhu rangup. Nikmat !

ROYAL GOLDEN FRIED RICE : Nasi goreng dengan udang dan telur Omega. Untuk korang yang tak suka masin-masin atau flavour sangat, this is for you. Haaa lagi satu, ada telur ikan di atas nasi goreng ni. Aku lebih melayani dimsum dan bagi tuan suami yang makan nasi.


Puas sangat dapat makan dim sum. Lepas ni aku nak cuba rasa glutinous rice dengan cheong fun pula. Tekak aku ni walaupun suka makan sambal belacan, tapi makanan ruji orang lain pun aku suka juga. The point is, aku suka makan. Thanks Dolly Dim Sum ! Alhamdulillah.

~ RATING ~

Food 4.0 / 5.0 | Price 3.5 / 5.0 | Enviroment  4.5 / 5.0

DOLLY DIM SUM NU SENTRAL
LG.43 NU Sentral
No. 201 Jalan Tun Sambathan
50470 Kuala Lumpur
012-301 8161 (contact)


2 comments:

  1. Sedapnya dim sum, tapi tak pernah try lagi dekat dolly dim sum ni, Selalu tengok memang ramai orang hehehe

    ReplyDelete
  2. sedapnya dim sum, lama kak pip tak makan ...

    ReplyDelete