NASI GORENG KIMCHI HOMEMADE

NASI GORENG KIMCHI HOMEMADE - Aku memang suka makan nasi goreng kimchi ni. Bukan pernah pergi Korea pun tapi makin lama macam makin sedap je makanan Korea di tekak aku. Aku suka buat kimchi sendiri sebab aku boleh alter rasa kimchi yang aku buat.

Kebetulan berapa hari lepas aku buat kimchi. Pagi tadi aku rasa nak masak nasi goreng kimchi. Jadi aku buat je la nasi goreng kimchi homemade. Kali ni perfect je bahan. Selalu aku masak mesti tak cukup bahan.

NASI GORENG KIMCHI HOMEMADE

Tumis kimchi yang telah dimayang halus dalam sedikit minyak sayuran atau minyak sawit, selepas itu masukkan gochujang. Aku tak ada gochujang, jadi aku hanya guna serbuk cili campur taucu. Selepas tumis kimchi, aku masukkan homemade gochujang dan air dari perapan kimchi. Biar air kering sikit dan masukkan nasi. Gaul rata. Aku memang tak letak garam, tapi kalau korang nak tambah garam pun okay je.

Dah gaul semua, angkat masuk mangkuk, tabur dengan bijan, daun bawang dan seaweed. Aku macam suka pula guna seaweed yang satu ni. Ada manis-manis sikit, sedap!


Seaweed ni aku layurkan kejap atas api, sebab nak bagi dia jadi crispy. Nak buat kena hati-hati. Nanti terbakar, tak sedap tau ! Lepas tu bolehlah gunting halus seaweed tu. Semangkuk besar aku punya nasi goreng kimchi, HABIS !

The writer,
Tunsha Ayunie

2 comments:

  1. Wah pandainya Auni masak..tgk gambar pon dah tau memang sedap..betul kata Auni kalau kita buat sendiri mesti sedap ikut selera kita

    ReplyDelete
  2. Sally jarang masak ni sbb kat rumah takde org suka makan...kalau takat nak makan sendiri boleh aaa :D

    ReplyDelete