SINOPSIS SELAFAZ CINTA (ASTRO MAYA HD)

SINOPSIS SELAFAZ CINTA (ASTRO MAYA HD) - Astro Maya HD akan menayangkan drama terbaru berjudul Selafaz Cinta, arahan Pali Yahya dan menampilkan Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin, Puteri Aishah, Aqasha, dan Fezrul Khan.

SINOPSIS SELAFAZ CINTA (ASTRO MAYA HD)

JUDUL : SELAFAZ CINTA
HARI / MASA : Isnin hingga Jumaat, jam 6:00 petang
PENGARAH : Pali Yahya
PENERBIT : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin, Puteri Aishah, Aqasha & Fezrul Khan

SINOPSIS SELAFAZ CINTA

Reza Ammar adalah seorang eksekutif perniagaan di syarikat hartanah miliknya. Dia mempunyai isteri bernama Jannah dan anak perempuan bernama Shila. Reza adalah seorang suami yang baik, sangat menjaga agama dan sayang pada keluarganya.

Dia bukanlah seorang yang jenis mudah tergoda dengan wanita namun kerana sedikit kekhilafannya, Reza telah jatuh cinta pada Liza, seorang pramugari.

Zahratul Jannah pula seorang pengusaha fesyen hijab dan motivator. Selain cantik, Jannah seorang wanita yang taat dan patuh pada suami. Awalnya Jannah seorang yang manja, suka bersosial dan tidak matang.

Namun kerana bimbingan dari Reza, Jannah berubah menjadi seorang yang sangat taat dan percaya pada suaminya tanpa meragui bahawa Reza sudah mulai berubah.

Liza Lyana mula berkenalan dengan Reza ketika berada di satu penerbangan luar negara. Mereka mula menjalinkan hubungan sulit. Perasaan Liza pada Reza bukan sekadar cinta, malah Liza terlalu obses dan sanggup buat apa saja untuk mendapatkan Reza.

The writer,
Tunsha Ayunie

Sumber : MyInfoTaip

No comments:

Post a Comment