SINOPSIS SERIBU RINDU (TV3)

SINOPSIS SERIBU RINDU (TV3) - Siapa yang layan drama Villa Ghazara sampai habis? Asalnya aku nak tengok sebab rasa plot cerita takde lah cliche sangat macam kisah cintan cintun yang biasa aku tengok. Tapi lama-lama jalan cerita nampak bosan, tapi dah terlanjur tengok, tengoklah sampai habis.

Dah taman Villa Ghazara, sekarang diganti dengan drama baru berjudul Seribu Rindu. Haaaa yang ni comfirm cerita cinta. Drama ini adalah lakonan Zul Ariffin dan Azira Shafinaz. Drama sebelum ini pun Azia Shafinaz juga berlakon.

SINOPSIS SERIBU RINDU (TV3)

JUDUL : SERIBU RINDU
JUMLAH EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 12 NOVEMBER 2018
HARI / MASA : Isnin hingga Jumaat, jam 7:00 petang
PENGARAH : Zamri Zakaria
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Mona Allen, Ku Faridah, Fadlan Hazim, Harris Baba, Fazlina Ahmad Daud, Hafizuddin Fadzil

SINOPSIS DRAMA SERIBU RINDU (TV3)

Irfan, seorang tukang masak, amat menyukai Maisara sejak mereka kecil. Irfan mula mengenali Maisara ketika dia belajar memasak dengan Tokma, iaitu nenek kepada Maisara. Namun Maisara tidak tahu akan perasaan Irfan terhadapnya.

SINOPSIS SERIBU RINDU (TV3)

Apabila dewasa, Airel yang merupakan seorang doktor, telah menyemai cinta bersama Maisara di universiti. Namun begitu, hubungan mereka telah dihalang oleh Datuk Muiz, bapa kepada Airel. Ini kerana, bapa Maisara punca kematian isteri kepada Datuk Muiz.

Datuk Muiz juga ingin menyatukan Airel dengan Damia, anak kepada rakan perniagaannya. Siapakah di antara Irfan dan Airel, yang dapat memiliki Maisara?

The writer,
Tunsha Ayunie

1 comment:

  1. Wow, cinta empat segi ni. Tapi heroin sama mcm yg lepas ehhh. Murah rezeki dia

    ReplyDelete