SINOPSIS TERBAIK DARIKU (TV3)

SINOPSIS TERBAIK DARIKU (TV3) - Haritu ada tengok ilan drama Zara Zya berlakon. Nampak macam best je promonya. Tak lain tak bukan, kisah mengenai cinta lagi lah. Walaupun drama Malaysia ni pusing-pusing cerita sama je, kalau dah bosan tu aku layan juga.

Lagipun drama terbaru ni arahan Along Kamaluddin, salah seorang pengarah yang aku minat dari kecil. Walaupun jalan cerita agak cliche, aku tetap suka tengok sebab arahan pengarah favourite aku.

SINOPSIS TERBAIK DARIKU (TV3)

JUDUL : TERBAIK DARIKU
JUMLAH EPISOD : 15 episod
HARI / MASA : Isnin hingga Rabu, jam 10:00 malam
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : Layar Ceritera Sdn Bhd
PELAKON : Syazuwan Hassan, Zara Zya, Hanna Aqeela, Azri Iskandar, Dilla Ahmad, Adam Corrie, Fadilah Mansor, Ikhlas Jalil, Azar Azmi, Ainina Ahmad, Adrea Abdul, Sabhi Saddi

SINOPSIS TERBAIK DARIKU (TV3)

Mengisahkan Aishah, seorang wanita yang lemah lembut dan berhati baik. Ibu mertuanya banyak mempergunakan Aishah kerana Aishah memiliki duit dan harta. Pada suatu hari, Aishah didatangi seorang gadis bernama Zaharah yang telah lari dari ayahnya yang ingin menjualnya. Ibu mertua serta suaminya tidak suka akan kebaikan yang dilakukan Aishah pada Zaharah.

Walaupun rumah Aishah besar, namun hatinya kosong. Suaminya, Taufiq, sangat dingin dengan Aishah. Mahligai yang dibina hampir hancur gara-gara orang ketiga. Siapakah orang ketiga itu? Mampukah Aisyah mempertahankan rumahtangganya bersama Taufiq?

SPOILER

Sebenarnya Taufiq ada isteri lain tanpa pengetahuan Aishah.

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment