ZAIBO MENINGGAL DUNIA

ZAIBO MENINGGAL DUNIA - Haritu baru je tengok allahyarham dalam Melodi, tak sangka hari ini arwah menghembuskan nafas yang terakhir. Perkara ini disahkan sendiri oleh anak allahyarham. Zainal Ariffin Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Zaibo telah menghembuskan nafas yang terakhirnya kira-kira pukul 1.30 petang tadi (Rabu).


Allahyarham merupakan seorang pelakon, pelawak, dan penari yang aktif di Malaysia. Sepanjang kerjayanya, Zaibo turut berlakon dalam beberapa filem termasuk pada filem Queen Control, Soalnya Siapa? Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib,  Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Magika, dan banyak lagi.

Arwah pernah meminjamkan suaranya untuk watak Tok Din dan Mustafa dalam siri animasi Kampung Boy karya Dato Lat.

Allahyarham telah mendirikan rumah tangga bersama Siti Hawa Syawal pada 3 Disember 2010. Hubungan mereka sebagai sahabat yang terjalin selama 15 tahun sebelum kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Arwah baru menyedari bahawa beliau mengidapi kanser esofagos tahap 4 pada Ramadhan yang lalu.

Bersamalah kita doakan, moga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Selamat tinggal Zaibo.
Innalillahiwainnailaihirojiun.

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment