ACAR REBUNG SEDAP KE?

ACAR REBUNG SEDAP KE? - Aku sebenarnya macam haprak sikit. Sebab aku tak pernah makan acar rebung. Haritu tengok ada kawan update makan acar rebung, tiba-tiba macam teringin. So update lah kat FB, lepas tu ada juga yang tak pernah makan.

Mama cakap kat aku.... " Hang ni semua benda nak update kat FB. Lenkali nak makan apa bagitahu Mama. Setakat masakan kampung, Mama boleh je masak..." ... hah ! Kena bebel. Dia tak tahu kita taknak menyusahkan dia. Haha


So, Mama tadi pergi pasar, beli barang basah termasuklah rebung. Kemain happy lah hati ni bila Mama cakap nak masak acar rebung. Mama dulu memang meniaga acar buah, so setakat masak acar rebung ni, memang terror lah.

Aku makan nasi tadi berlaukkan acar rebung ni je. Dah sedap sangat dah uiiii. Nak buat acar ni kemainlah senang bak kata Mama.

Kisar je bawang merah, bawang putih, halia dan cili boh. Tumis sampai pecah minyak, kemudian masukkan cuka, gula, dan garam secukupnya. Selalu acar mesti kena ada elemen masam dan manis, baru sedap ! Kemudian masukkan bawang putih seketul-seketul, dan juga rebung. Taraaa siap!

SEDAP KE ACAR REBUNG?

Untuk aku yang memang suka macam acar ni, aku recommend yang Mama buat sebab sedap. Haha ! Aku tak tahu lah yang kat luar tu rasa macam mana. Tapi acar Mama cukup rasa masam, manis dan pedasnya. Rangup lembut rebung pula kan? Tak payah lauk lain.

The writer,
Tunsha Ayunie

1 comment:

  1. Hai dear, akk nak try buat acar rebung resepi mak auni ni yer..tq share resepi..

    ReplyDelete