AJAR ANAK KECIL BERZAKAT DENGAN TABUNG DIDIK ZAKAT

AJAR ANAK KECIL BERZAKAT DENGAN TABUNG DIDIK ZAKAT - Assalamualaikum wbt. Salam Jumaat. Sebagai seorang yang dilahirkan sebagai Muslim, kita sudah diajar dan dibesarkan dengan rukun Islam. Salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan adalah membayar zakat.

Zakat terbahagi kepada DUA iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta.

Zakat Fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk, juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal (siang & malam).

Zakat Harta pula adalah zakat yang merangkumi hasil pertanian, binatang ternakan, perniagaan, wang simpanan, harta temuan, emas dan perak. Setiap zakat harta memiliki perhitungannya atau perkiraan harta yang akan dikenakan zakat.

AJAR ANAK KECIL BERZAKAT DENGAN TABUNG DIDIK ZAKAT

Pengertian Zakat dari sudut yang mudah difahami adalah membersihkan harta. Ibnu Taimiah pernah berkata : " Diri dan harta orang yang mengeluarkan zakat menjadi suci dan bersih serta hartanya berkembang secara maknawi (bermakna). "

Dari segi syarak pula, Allah SWT mewajibkan kita berzakat untuk diberikan kepada orang-orang yang berhak menerimanya seperti golongan fakir, miskin, amil, muallaf, al-riqab, al-gharimin, fisabilillah dan ibnu sabil.

TABUNG DIDIK ZAKAT PPZ-MAIWP

Demi mendidik anak-anak kecil mengenali dan belajar berzakat sedari dari kecil, PPZ-MAIWP telah menyediakan Tabung Didik Zakat. Objektifnya adalah untuk mendidik anak-anak bawah 18 tahun membayar zakat agar biasa dengan zakat.

CARA UNTUK MENDAPATKAN TABUNG DIDIK ZAKAT :

Buka akaun zakat dengan serendah RM 10 di mana-mana kaunter zakat di PPZ-MAIWP. Setelah ibu bapa selesai mendaftar akaun anak-anak,  Tabung Didik Zakat akan diberikan secara percuma !



Senarai Kaunter PPZ

■ Wisma PPZ Dataran Shamelin
■ Plaza Rah Kg Baru
■ Masjid Negara
■ Pusat Bandar Wangsa Maju Seksyen 5
■ Presint 9 Putrajaya
■ Presint 15 Putrajaya
■ Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail
■ Masjid Abdul Rahman Bin Auf Jalan Puchong
■ Masjid Imam Al Ghazali Kepong
■ UTC Kuala Lumpur Pudu Sentral
■ Labuan Times Square


Ingatlah, setiap satu rezeki yang kita dapat, ada terselit rezeki orang lain. Mari kita ramai-ramai mendidik anak-anak menunaikan zakat sedari dari kecil. Moga kita mendapat keberkatan didalam hidup.


~ SEMAI ZAKAT TUAI BERKAT ~


Untuk info lanjut, layari :


Talian Zakat : 1-300-88-5757

#tabungdidikzakat
#sicilikcelikzakat
#menabunghinggaberzakat
#mulakanzakatdiusiamuda

Post a Comment

16 Comments

  1. wah !! menarik ni.. mendidik anak-anak supaya faham konsep berzakat.. hee~ tabung tu pun comel kan..

    ReplyDelete
  2. Bagus ada kempen macam ni. Boleh ajar anak anak kita berzakat seawal usia kanak kanak

    ReplyDelete
  3. ohhh...serendah RM10 je ye...bagus jugak

    ReplyDelete
  4. Bgus sangat didik anak berzakat dari kevik.. Siap dapat tabung lagi

    ReplyDelete
  5. Ini sudah bagus senab duit simpanan anak pon makin bertambah. Boleh ajar anak² berzakat dari kecil. Satu idea dan pendekatan yang sangat baik. Tapi dekat Melaka takde ke? Jauh sangat pula kaunter. Atau boleh buat je dkt mana² kaunter zakat? Tapi itu maiwp. Hurm.

    ReplyDelete
  6. yeah can educate children from young then they know important of saving money. Money may not be everything but it's one we used to pay for bills and food. shall share this with my friends too.

    ReplyDelete
  7. Setuju...amalan berzakat patut dipupuk seawal usia..kita bolboleh terangkan kepada anak-anak kita tentang kebaikkan menunaikan zakat..mereka patut dididik agar dewasa nanti tidak culas tentang zakat

    ReplyDelete
  8. TABUNG DIDIK ZAKAT is a good initiative for budak kecil. I wish all the kids will join TABUNG DIDIK ZAKAT and learn from it.

    ReplyDelete
  9. Wah..bagus dah ada tabung didik zakat utk anak2, cara didik merely berzakat

    ReplyDelete
  10. Memang patut kita kenalkan anak-anak dengan zakat sedari kecil supaya mereka sentiasa beringat tentang kewajipan berzakat bila dah besar. Murah pulak tu nk buka tabung zakat.

    ReplyDelete
  11. Wahh bagus untuk masa depan sumayyah. Mendidik dari kecil. Simpan kat tabung haji je.. tapi tak salah nak tambah lagi akaun anak. Yang senang nanti mereka juga. Cuma curious sume kaunter zakat ada or kawasan tertentu saje?

    ReplyDelete
  12. Pendekatan baik untuk kanak2 menabung dan perngertian zakat. Sedari kecil elok disemaikan. Sekarangpun dah mudah dengan zakat online. Boleh dapat info dari sana kan.

    ReplyDelete
  13. Satu usaha yg murni oleh ppz-maiwp dlm menggalakkan org ramai berzakat. Konsep menabung mmg seharusnya diamalkan dn dipupuk sejak kecil supaya mereka lebih menghargai apa yg ada dn sentiasa bersyukur

    ReplyDelete
  14. Usaha yang bagus dalam memupuk budaya menabung dalam kalangan anak2.

    Boleh dipertimbangkan untuk buka satu tabung untuk Adira ni.Kenalkan zakat kpd dia sejak kecil lagi.

    ReplyDelete
  15. This is a good practice, always start from young and start from small. Hopefully this will cultivate a good habit to the children and also the zakat collected will go to a good use that benefit the world.

    ReplyDelete
  16. Satu usaha yang murni. Nak didik anak biar faham tentang apa sahaja memang kena mula dari kecil

    ReplyDelete