HARISSA AYAM MAKANAN ISTANA

HARISSA AYAM MAKANAN ISTANA - Masa aku update aku teringin makan Harissa Ayam, ramai tanya aku, Harissa tu apa? Sebenarnya aku ada je share resepi Harissa ni dalam blog aku yang lama. Harissa ni aku belajar makan masa Tok Anjang aku kat Johor tolong masakkan. Katanya, Harissa ni makanan di istana Johor.


Bagi tuan suami aku rasa sikit semalam, dia kata macam makanan baby. Haha! Yela, Harissa ni macam bubur teskturnya. Oh ya, kalau baca di Google, asal-usul Harissa ni adalah dari Arab. Harissa boleh pakai ayam ataupun daging. Aku lebih suka guna ayam.




Bahan utama untuk Harissa adalah oat. Kalau tak ada oat, tak jadilah Harissa korang tu. Aku share resepi lagi sekali. Moga bermanfaat untuk korang ya.


RESEPI HARISSA AYAM OAT

BAHAN-BAHAN :
2 ketul dada ayam
1/2 paket kecil Quaker Oat
1 sudu besar minyak sapi
2 labu bawang merah (besar) - belah 4
6 ulas bawang putih
Besar ibu jari halia
2 senduk susu cair
2 sudu kecil garam
4-5 biji buah pelaga

CARA-CARA :
Rebus ayam bersama bawang merah, bawang putih dan halia dalam kuali atau periuk. Rebus seketul-seketul je haa bawang dengan halia tu. Tak payah kisar ke apa ke.

Lepas tu, tapis semua bahan, masuk dalam pengisar, campur dengan air rebusan dan kisar hancur. Masukkan kembali dalam kuali, panaskan.

Bila bahan dah mula mendidih, masukkan quaker oat dan buah pelaga. Biar sebati dan sedikit pekat, masukkan susu cair dan garam. Masak hingga pekat, baru masukkan minyak sapi.

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :
Cili garam + madu + bawang goreng

Cara buat cili garam : Cili hidup tumbuk/kisar dengan garam.

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment