MR.DAKGALBI RAWANG SUDAH DIBUKA !

MR.DAKGALBI RAWANG SUDAH DIBUKA ! - Dulu masa orang kecoh makan di Mr.Dakgalbi, aku beria-ria cari yang area Rawang tapi tak ada, kecewa lah juga. Sebab aku ni jenis malas nak keluar jauh-jauh walaupun aku suka berjalan. Haha !

Tapi sekarang, senang lah kalau nak makan dekat Mr.Dakgalbi, sebab Mr.Dakgalbi sudah dibuka di Aeon Rawang. So peminat Mr.Dakgalbi di Rawang tak perlulah pergi jauh-jauh ke KL sana tu, di Rawang pun dah ada, !


APA ITU DAKGALBI?

Dakgalbi ini adalah lebih kurang makanan ruji di Korea sejak tahun 1960-an. Untuk menu dakgalbi, ayam yang diperap dengan pes cili akan digoreng secara stir-fry bersama dengan topokki (rice cake), ramen dan juga sayuran. Di Mr.Dakgalbi, mereka akan gorengkan lebihan gorengan tadi bersama dengan nasi pula.


Mr.Dakgalbi memulakan sejarahnya di Korea Selatan pada tahun 1981. Cawangan luar negara yang pertama mula bertapak di China bermula tahun 2012. Tahun  2013, merupakan tahun permulaan Mr.Dakgalbi beroperasi di Malaysia. Kini Mr.Dakgalbi mempunyai lebih 70 cawangan di China dan 24 cawangan di Malaysia, 2 cawangan di Jakarta serta 2 cawangan di Hanoi,Vietnam.

Jawapan dari pihak Mr.Dakgalbi berkenaan sijil halal di premis Aeon Rawang

Untuk yang tidak pernah makan di Mr.Dakgalbi, mungkin pengiktirafan halal akan menjadi isu. Untuk yang sudah biasa, ramai yang tahu Mr.Dakgalbi mendapat pengiktirafan halal. Cuma oleh kerana Mr.Dakgalbi di Rawang masih baru, mereka masih menunggu sijil halal dikeluarkan.

Jadi, sesiapa yang dah lama sangat teringin nak makan Mr.Dakgalbi di Rawang tu, bolehlah mencuba. Aku belum sempat merasa dakgalbi di Aeon Rawang. Sebelum ini aku makan di MyTown Cheras.

MR.DAKGALBI AEON RAWANG
G-59 Aeon Rawang 1,
Persian Anggun, Taman Anggun,
48000 Rawang, Selangor
10.00 am - 22.00pm (Setiap Hari)

The writer,
Tunsha Ayunie

Post a Comment

1 Comments

  1. peminat Dakgalbi dekat sini kahkahkah Diah suka makan kat sini

    ReplyDelete