30 DISEMBER 2018 PERMULAAN LOW IODINE DIET (LID)

30 DISEMBER 2018 PERMULAAN LOW IODINE DIET (LID) - Mungkin ramai yang tahu dan tidak tahu yang aku seorang pengidap Kegagalan Buah Pinggang Tahap Akhir dan juga Kanser Tiroid. Untuk kerosakan buah pinggang, aku alaminya sejak berumur 4 tahun. Dan untuk kanser tiroid, perkara ini masih baru bagi aku.

Aku sendiri sebenarnya tak sedar yang aku mengidap kanser. Sebab hakikat sebenar, aku langsung tak rasa tanda apa-apa kecuali kebas badan. Bagi aku kebas badan itu biasa, namun sebenarnya tidak. So pengajaran di sini, korang jangan anggap mudah kalau rasa badan lain macam ya?

Untuk pesakit kanser tiroid, biasanya doktor akan suggest satu treatment yang dipanggil RAI atau nama panjangnya Radio Active Iodine. Treatment ni bukanlah jenis cucuk-cucuk, tapi perlu diminum dan dikuarantin 8 hari.


LOW IODINE DIETS (LID)

Sebelum memulakan RAI, aku perlu berpantang makanan tinggi iodine lebih kurang dua minggu. Hari ini aku bermula berpantang. Mama pesan, kalau pantang, biar pantang betul-betul. Jangan langgar. Bukan untuk keburukan, semua untuk kebaikan. Dah kena tarbiah kejap dengan Mama tadi. Hoho.

Ok sambung.

Jadi, sebelum RAI, aku perlu mengamalkan pantang Low Iodine Diets. Selama tempoh dua minggu ini, aku tak boleh makan makanan dari hasil laut, tidak kira yang basah atau yang kering.

MAKANAN DIBOLEHKAN KETIKA LOW IODINE DIETS

Mungkin sukar bagi aku sebab hari ini hari pertama. Pening juga bila fikir nak makan apa. Dah lah hidup aku ni suka makan sambal-sambal macam sambal belacan, budu dan cencaluk. Rasa stress juga harini.

Antara makanan yang dibolehkan ketika mengamalkan Low Iodine Diets adalah :

■ Ayam, Daging
■ Sayuran dan buah-buahan segar
■ Garam tanpa iodin
■ Pasta dan bijirin

Untuk lebih info tentang pantang RAI, bolehlah melawat blog rakan blogger, http://ciklapunyabelog.blogspot.com . Moga bermanfaat.

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment