RESEPI CHEE CHEUNG FUN HOMEMADE

RESEPI CHEE CHEUNG FUN HOMEMADE - Korang pernah tak makan Chee Cheung Fun ni? Aku dulu makan memula masa ikut Mama pergi Hi-Tea. Masa tu for seriously aku tak tahu apa benda laa yang aku makan. Lepas tu puas aku cari gambar dan resepi, tak juga aku jumpa. And lastly, rezeki aku terjumpa di Youtube kalau tak silap.

Chee Cheung Fun ni, dia macam kuew tiaw atau laksam sebenarnya. Macam mana ntah aku nak explain. Tapi tekstur dia lebih kurang lah macam kuew tiaw dan laksam. Cuma, Chee Cheung Fun biasanya dimakan dengan sos kicap manis dan sambal udang kering rangup.


Tak semua kedai ada jual Chee Cheung Fun yang halal kecuali yang jual dimsum halal. Kedai dimsum halal pun rasanya tak semua tempat ada kan? Kalau korang teringin dan rajin macam aku, boleh lah cuba resepi yang aku share.

Walaupun dah banyak resepi dekat Google, aku share je lah balik resepi ni. Aku tak ikut pun resepi bulat-bulat kat Google. Aku buat ikut macam mana aku nak aje. 

RESEPI CHEE CHEUNG FUN HOMEMADE

BAHAN-BAHAN :
■ 3 sudu besar tepung ubi
■ 2 sudu besar tepung jagung
■ 1 sudu besar tepung gandum
■ 1 sudu besar tepung beras
■ 2 sudu minyak
■ air panas secukupnya
■ secubit garam
■ 2 sudu minyak
■ sedikit daun bawang - dicincang


CARA-CARA :
■ Campurkan semua bahan-bahan di atas, bancuhan jangan terlalu pekat. Aku buat cair je.
■ Lepas tu, didihkan air dalam kuali.
■ Sediakan satu loyang yang muat letak kat dalam kuali dan muat untuk ditutup.
■ Letak bancuhan dalam loyang, buat nipis-nipis je sebab kita nak gulung.
■ Letak loyang atas air yang mendidih, tutup kuali.
■ Bila dah masak, gulung dan potong.

NOTE : Korang juga boleh guna pengukus. Aku malas nak angkat pengukus so aku guna kuali. Suggest pengukus lebih mudah.


RESEPI SOS KICAP MANIS

BAHAN-BAHAN :
■ 2 sudu besar gula perang
■ 3 sudu besar kicap cair
■ 1/2 cawan kecil air

CARA-CARA :
■ Panaskan bahan-bahan di atas dalam microwave selama 1 minit atau boleh dimasak atas dapur. Siramkan di atas mee chee cheung fun tadi.

Chee Cheung Fun memang sedap bila dimakan bersama dengan sambal udang kering rangup dan sos kicap manis. Untuk sambal udang kering rangup, aku beli dekat pasaraya je. Tak kuasa pula rasa nak buat sendiri.

Selamat mencuba ya.

The writer,
Tunsha Ayunie


Post a Comment

0 Comments