RESEPI POPIA PISANG KARAMEL (TURON NA SAGING)

RESEPI POPIA PISANG KARAMEL (TURON NA SAGING) - Sebenarnya kan, jenis aku memang suka sangat cuba makanan dari negara lain. Kalau aku teringin, aku buat je kalau ada bahan. Mama pulak selalu cakap aku masak merepek-repek, padahal mana ada! Hahahahha teringat kisah vietnamese roll, mula-mula Mama kata pelik, lastly jadi favourite dia pula.

Pernah dengar nama Turon Na SagingTuron bermaksud popia, Saging pula maksudnya pisang. Yang aku tahu ini resepi snek Filipina. Kira kau nak makan petang ke, kalau rajin buat lah kan? Sedap juga. Lepas tu memang bahan simple sangat.

RESEPI POPIA PISANG KARAMEL (TURON NA SAGING)

RESEPI POPIA PISANG KARAMEL (TURON NA SAGING)
Bahan-bahan :
Kulit popia
Pisang - belah dua, setiap sekeping kulit popia letak setengah pisang
Gula perang @ brown sugar
Sedikit air sebagai pelekat

Cara-cara :
Susun pisang dalam kulit popia, selepas itu taburkan gula perang di atas pisang. Gulung dan goreng. Makan panas-panas memang layan................

Tu je? A'ah... itu je. Senang sangat nak buat kan? Budak tadika pun mampu buat. Pisang yang aku guna tak tahulah pisang apa tapi ada rasa masam sikit-sikit. So bila letak gula perang tu, rasa masam pisang tu jadi balance dan sedap.

Nak makan dengan aiskrim pun sedap oiiii. Selamat mencuba!

The writer,
Tunsha Ayunie

16 comments:

  1. Sedapnyaaaaaa! Cx dah lah suka makan crispy cenggini. Krup krap krup krap. Tambah pula ada karamel. Oh my favorite. Tp tak rajin nak buat hahaaha. Pos sikit blh? Heeee

    ReplyDelete
  2. nampaknya sedapppp! i like how crispy the skin is while the banana filling inside is soft. yet sweetness from both caramel and from the banana. mestinya sedap when it is still hot!

    christmas buffet with discount promo code!

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, resepi apakah ini? Hahahah. Tapi nampak menggiurkan! Teringin plak nak try buat sebab tengok resepi dia pun kemain simple dan mudah. Kalau nak buat kena tungu adik Nad balik dulu, sebab dia rajin sikit hahah.

    ReplyDelete
  4. Ya Allah. I was actually ingatkan resipinya panjang sekali pendek je. Senang je nak sediakan nie. Wowee! Sedapnya la kelihatan!

    ReplyDelete
  5. Suka juga try masakan baru cuma ada juga yang tak boleh kena dengan tekak. Resipi ni rasanya boleh cuba kot. Nampak sedap dengan gabungan pisang dan kulit popia. Krup krap tau tau dah habis je ni....Nyumsss....

    ReplyDelete
  6. I pernah try buat without caramel. Bab buat caramel ni I memang fail la. Tapi yang ni nampak sedap. Boleh la try nanti.

    ReplyDelete
  7. sedapnyaa, thanks for sharing! nnt nk try buat jugak lah sbbnya qeela satu fmly ni mmg peminat pisang, and since pisang ni mmg multi use boleh guna masak dlm mcm2 jenis dessert etc kan, so mmg terbaik lah hehe. so far tak pernah buat lg style ni but yess nnt nk try jugak lah hehe 😍

    ReplyDelete
  8. sedapnya..ni kalau makan panas2 lagi sedap...makan dengan kopi o panas ..perhhh memang memikat...pernah buat sekali dulu tapi x letak karamel..sedap jugak

    ReplyDelete
  9. Wow nampak sangat sedap dan sangat menyelerakan lah resipi ini hehehe kita pun suka dan pernah cuba buat tapi kita gunakan serbuk kulit kayu manis hehehehe tak apa kita boleh cuba resipi ini memang senang dan mudah..

    ReplyDelete
  10. Senang sangat ni resepinya haha! Lagi satu macam tau2 je saya baru beli stok spring roll semalam, pisang rasanya ada gak kat dapur tu. Okay2 nanti boleh try :)

    ReplyDelete
  11. This sounds.So heavenly, I can image the first bite to this, crunchy, sweet and delicious.

    ReplyDelete
  12. Penah tengok kt tv chef share resepi ni. Uwhh memang wujudla ye. Haha baru tahu..resepi senang je. Bole la cuba kan. Tak payah pegi jauh2 nak makan.

    ReplyDelete
  13. Nampak menyelerakan bila tgk nie.. AM nak cuba la!! Anak teruna AM mmg suka makanan yg berasaskan pisang nie,.. tak sabar nak cuba resipi yang awak kasi.. terima kasih yea atas perkongsian..

    ReplyDelete
  14. Telan air liur ok!..ni kalau dapat time hujan ni, makan lak waktu petang dengan neskepi panas..memang syok habessss

    ReplyDelete
  15. hi.. content blog menarik.. lets blogwalking and click iklan..done follow u.. follow me back.. http://acuyuhan.blogspot.com/ thanks

    ReplyDelete
  16. Weee.. Sedapnyaaa.. Nak cuba jugak la nanti... Mcm sedap ja pisang2 caramel ni

    ReplyDelete