SINOPSIS ABAH (ASTRO CITRA)

SINOPSIS ABAH (ASTRO CITRA) - Sejak layan drama SPLIT , aku suka pula dnegan lakonan Sara Ali. Suka dengan attitude dia yang kasar dengan suara serak basah dia tu. Cuma semalam aku tak sempat nak layan drama Abah, lakonan Sara Ali dan Sherry Merlis. Nasib baik record.

Cerita memang sedih uiii. Aku jarang tengok drama Melayu ni nak nangis-nangis, atau rasa sebak. Kira filem Abah ni buat aku tersebak juga lah. Cuma aku ralat sikit je lah ada adegan yang aku tak suka tengok. Tak perlulah aku terangkan.


JUDUL : ABAH
GENRE : Telefilem
PENULIS SKRIP : Rahhiemi Alias
PENGARAH : Azhari Zain
PENERBIT : Arie Zaharie Production
PELAKON : Sara Ali, Harithnin Hamshah, Sherry Merlis, Azhar Zainal, Azhari Zain, Azman Hassan & Zainorhisyam Samudin

SINOPSIS ABAH (ASTRO CITRA)

Bakri dan Leman adalah sahabat baik. Tanpa Bakri sedari, Leman menaruh hati dan perasaan pada isterinya, Khamsiah. Bakri mempunyai dua orang anak, Dira dan Ami. Dira sangat manja dengan Bakri. Orang kenal Dira sebagai 'anak abah'. Dira juga mempunyai sahabat bernama Rusman.

Kehidupan mereka satu keluarga sangat bahagia, sehinggalah Bakri perlu bekerja di London. Dira dan ibunya Khamsiah, menunggu kepulangan Bakri dan utusan surat dari Bakri, tetapi tiada apa yang mereka dapat.

Ibunya juga menjadi kemurungan dan Dira tempat ibunya bergantung. Abangnya tidak banyak membantu dan hanya ingin duit untuk kesenangan diri sendiri. Rusman banyak menjadi sokongan dalam kehidupan Dira.

Pada suatu hari, ada satu perkara yang mengejutkan Khamsiah, Dira dan Ami. Rupa-rupanya, selama ini utusan surat dari Bakri, telah disorokkan oleh Leman.

The writer,
Tunsha Ayunie

Post a Comment

0 Comments