SINOPSIS DRAMA GENESIS (TV3)

SINOPSIS DRAMA GENESIS (TV3) - Genesis yang membawa maksud asal-usul, adalah telemovie terbaru karya Mohd Noor Kadir. Karya Mohd Noor Kadir ni aku suka sebab complicated. Tak cliche macam drama orang lain.



JUDUL : GENESIS 
HARI / MASA : Sabtu, 1 Disember 2018, 9:00 malam
SLOT : Cerekarama TV3
PENERBIT : Kuasatek Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Aeril Zafrel, Dato Jalaluddin Hassan, Aida Khalida, Aziza Kazan, Miera Leyana, Tash Yong

SINOPSIS GENESIS 
Lebih kurang 30 tahun yang lampau, Bakhtiar pernah bercinta dengan Zakiah. Apabila mendapati Zakiah telah mengandung dan enggan menggugurkannya, Bakhtiar terus menghilangkan diri.

Akhirnya Bakhtiar kembali menemui Zakiah dan ingin mengambil tahu tentang anaknya. Zakiah yang sakit hati sebolehnya tidak mahu berkongsi apa-apapun tentang anak mereka.

Bakhtiar mengambil berat tentang Aishah kerana menyangkakan bahawa Aishah itu adalah anaknya. Aishah pula, anak Zakiah, menaruh perasaan pada Bakhtiar.

Namun, tanpa disangka, anak kandungnya adalah Amirul, bekas pekerjanya sendiri.

No comments:

Post a Comment