SINOPSIS JIKA MASIH ADA RINDU (TV3)

SINOPSIS JIKA MASIH ADA RINDU (TV3) - Jangan lupa saksikan drama berepisod di TV3, gandingan pelakon Kamal Adli dan Siti Saleha. Aku dah tengok episod 1, best juga nak follow. Drama ini menggantikan drama Terbaik Dari Ku.



JUDUL : JIKA MASIH ADA RINDU
HARI / MASA : Isnin-Rabu, 10.00 malam
SLOT : Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Shida Zali
PENGARAH : Feroz Kader
PENERBIT : FJ Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Kamal Adli, Siti Saleha, Fazlina Ahmad Daud, Ellyas Abdullah, Zarynn Min, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Syafnida Shuhaimi, Syamin Azlah, Ku Zara Eryna, Aznah Hamid, Jasmine Ashraff

SINOPSIS JIKA MASIH ADA RINDU (TV3)

Mengisahkan tentang perjalanan kisah cinta antara Hisham dan Wahida. Hisham kembali meraih cinta bekas isterinya Wahida, setelah sedar dari koma. Awalnya, Hisham dan Wahida adalah pasangan yang dilamun cinta dan mendirikan rumahtangga.

Namun, kerana kesibukan Wahida menjaga anak mereka Qistina, dan ibunya yang sakit, telah menjarakkan hubungannya dengan Hisham. Hisham juga mulai curang dan berani naik tangan pada Wahida. Akibatnya, mereka bercerai.


Pada hari Hisham melafazkan cerai pada Wahida, dia kemalangan dan koma. Namun Wahida sudah tidak peduli. Sedari koma, Hisham hilang ingatan. Dia hanya ingat kisah 3 tahun sebelum kejadian kemalangan itu. Hisham tidak ingat yang dia sudah menceraikan Wahida.

Datin Embun, ibu kepada Hisham, meminta jasa baik Wahida untuk membantu Hisham mengingati semula. Namun hati Wahida telah tawar. Yang tinggal hanyalah kebencian pada Hisham.

The writer,
Tunsha Ayunie

Post a Comment

1 Comments

  1. Baca sinopsis nama best dan menarik .Tapi akak jarang sangat tenfok tv memang tak ikut sangat drama yang ada .Selalu kalau drama adaptasi novel akak beli novel je .Senang cerita. Macam best plak drama ni tapi heroin dia akak tak minat sangat

    ReplyDelete