SINOPSIS RAISHA 2 (TV3)

SINOPSIS RAISHA 2 (TV3) - Siapa layan drama Raisha ni tahun lepas? Kalau siapa tengok, mesti sakit hati dengan watak si Raisha yang tersangatlah kurang ajar. Raisha ni jadi macam tu sebab dari kecil bapak dia dah manjakan dia kaw-kaw sampai apa je dia nak bapak dia bagi. Kalau tak bagi, dia protes. Haaa gitulah kisahnya. Raisha ni jadi kurang ajar sampai ke besar.

Sebagai pengganti drama Mencari Qiblat, TV3 dah sediakan drama pengganti iaitu Raisha 2. Adakah Raisha 2 akan menyakitkan hati korang lagi? Sama-sama lah kita layan nanti ya?

SINOPSIS RAISHA 2 (TV3)

JUDUL : RAISHA 2
HARI / MASA : Rabu hingga Jumaat, jam 9:00 malam
PENGARAH : Nizam Zakaria
PENULIS SKRIP : Mufid Suhaimi
PELAKON : Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Fadzlan Hazim, Hafreez Adam, Mawar Rashid, Azrel Ismail, Ridzuan Hashim, Reen Rahim, Tunku Hanis & Aisyah Atan

SINOPSIS RAISHA 2 (TV3)

Kesinambungan hidup Raisha, yang masih dahagakan populariti. Dia yang sebelum ini mempunyai anak lelaki hasil perkahwinannya dengan Remy, kini telah berkahwin dengan Fuad, iaitu sahabatnya semasa kecil yang kini sudah menjadi seorang usahawan muda.

Setiap perniagaan pastinya melalui beribu cabaran dan Fuad tidak terkecuali. Apabila pendapatan perniagaan Fuad semakin merosot, Raisha merasakan dia perlu mengejar cita-citanya kembali untuk meningkatkan populariti.

Raisha yang bercita-cita ingin menjadi selebriti terkenal mengorak langkah dengan meninggalkan keluarganya untuk berhijrah ke Kuala Lumpur bersama Rashdan, yang menjanjikan watak utama untuk filem akan datang.

Fuad yang marah dengan tindakan Raisha masih tidak mahu menceraikan Raisha kerana terlalu mencintainya. Namun untuk Raisha, penceraian adalah jalan terbaik selepas tidak tahan lagi dengan karenah Fuad yang memaksanya untuk berubah.

No comments:

Post a Comment