SINOPSIS REZEKI TANPA ALAMAT (TV3)

SINOPSIS REZEKI TANPA ALAMAT (TV3) - Selalu baca, kalau dah rezeki, memang tak salah alamat. Tapi, bagaimana pula kalau rezeki tanpa alamat? Jangan lupa saksikan telefilem menarik yang bakal ditayangkan di TV3, saluran Cerekarama pada hari Sabtu ini.


JUDUL : REZEKI TANPA ALAMAT
MASA / HARI : Sabtu, 29 Disember 2018, 9:00 malam  
SSLOT : Cerekarama TV3
PENGARAH : Ahmad Idham
PRODUKSI : Enuja Production Sdn Bhd
PELAKON : Azrel Ismail, Jasmin Hamid, Ahmad Iswazir Ismail, Aman Graseka & Eizlan Yusof


SINOPSIS REZEKI TANPA ALAMAT

Zainab menganggap punca kematian suaminya adalah berpunca daripada anak tirinya, Sharul. Sedari dari kecil, Zainab tidak pernah menyayangi Sharul. Kasih sayang sering dibeza-bezakan antara Sharul dan anak kandungnya, Malik.

Selepas kehilangan ayah, Sharul tidak minta apa-apa kecuali songkok peninggalan arwah. Songkok itu menjadi peneman Sharul, ke mana saja dia pergi.

Sharul terpaksa menjadi gelandangan selepas dihalau ibu tirinya. Sewaktu di kaki lima, Sharul bertemu dengan Azri. Rupa-rupanya, Azri merupakan bapa saudara Sharul.

Pemergian Sharul menyedarkan Zainab bahawa anak kandungnya tidaklah sebaik yang disangka.

The writer,
Tunsha Ayunie

Post a Comment

0 Comments