AKHIRNYA ABAH DAN MAMA MENJADI TETAMU ALLAH SWT

AKHIRNYA ABAH DAN MAMA MENJADI TETAMU ALLAH SWT - Sedari dari awal usia, aku selalu berdoa supaya Abah dan Mama dapat menjejakkan kaki ke Makkah, menjadi tetamu Allah SWT. Bukan semua orang mendapat rezeki dijemput menjadi tetamu-NYA.

Dulu, sesiapa saja yang pergi ke Makkah, aku kirimkan doa supaya Abah dan Mama turut merasa menjejakkan kaki ke sana. Dari kecil doa aku kirimkan, dan aku gembira, sebak dan pelbagai perasaan bermain di jiwa bila Abah dan Mama akhirnya dapat menunaikan ibadah umrah di Makkah. Syukur sangat-sangat ! Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH SWT .


Aku rasa aku mungkin over dari semalam bila aku asyik update pasal ni. Entahlah, aku terlalu gembira dan terharu. Sebab dari kecil aku selalu dengar Abah dengan Mama mahu kesana.

Aku saja usik Mama, "Mama excited tak?" .. Mama senyum je. Aku cakap lagi.. "Kan Mama cakap, sebelum ke London, Mama nak ke Makkah dulu? Mana tahu lepas balik umrah nanti, Mama ada rezeki ke London pula?" Mama diam.

Aku tahu, banyak benda yang Mama fikir, especially kami empat beradik survive tanpa dia ada disisi. Selalunya sakit pening kami, Mama yang jaga walaupun kami dah kahwin. Menantu sakit pun Mama jaga.

Aku risau juga, sebab semalam, Mama dan Abah tak berapa sihat. Apapun aku hanya mampu berdoa supaya Allah SWT menjaga Abah dengan Mama sebaik-baiknya. Moga mereka sihat dan dapat menjalankan ibadah dengan kusyuk.

I'm happy for you two, Mama dan Abah :)

The writer,
Tunsha Ayunie

1 comment:

  1. Alhamdulillah. Hajat ayah n mama cik yunie telah tercapai. Abam Kie follows your blog. No 85. tq. ..

    ReplyDelete