BUNUH LIPAN DAN CICAK DENGAN FUMAKILLA VAPE ONE PUSH V

BUNUH LIPAN DAN CICAK DENGAN FUMAKILLA VAPE ONE PUSH V - Sejak hujan lebat beberapa hari lalu, bilik air rumah aku asyik keluar lipan je. Lipan keluar ikut celah-celah jubin dekat dinding tu. Tak faham aku macam mana dia survive dalam tu, tapi semua tu kuasa ALLAH SWT kan?

Well, bila cakap pasal lipan ni comfirm laa bulu roma tegak je. Terkenang bisa lipan. Allah.. dekat dunia ni boleh main bunuh, kalau dalam kubur nanti? Keinsafan kejap.

BUNUH LIPAN DAN CICAK DENGAN FUMAKILLA VAPE ONE PUSH V

Berbalik pada cerita lipan, YES ! Aku rasa ada laa dalam 5 ekor lipan aku bunuh menggunakan spray nyamuk yang biasa. Tapi lambat kemain dia nak mati. Yela, spray nyamuk bukan spray lipan. So aku bagitahu Mama, then Google punya Google, jumpalah satu penyelesaian iaitu Fumakilla Vape One Push V. Botol dia kecik je tau. Tapi katanya bertahan sampai 60 hari. Ada botol lagi kecik yang bertahan 30 hari.

BUNUH LIPAN DAN CICAK DENGAN FUMAKILLA VAPE ONE PUSH V

Oleh sebab Mama dah beli, aku pun cuba la spray dalam bilik air. Lepas sembur kena tutup pintu bilik air tau. Bau dia memang kuat. Bahaya pada mata dan kulit ya, so hati-hati.

Masa aku spray tu ada lipan tau. Lepas aku spray lipan tu aku nampak dia dah macam struggle. Berjuang untuk hidup gitu. Aku biar je la sementara nak tutup pintu bilik air tu.

Lebih kurang 15 minit aku buka semula pintu bilik air, aku nampak cicak pula tergolek. Bilik air tu aku tak faham kenapa banyak sangat cicak. haha !

Aku amat berpuas hati dengan Fumakilla Vape One Push V. Memang berkesan !

The writer,
Tunsha Ayunie

Post a Comment

0 Comments