KRONOLOGI AUNI TAK JADI TELAN RADIOACTIVE IODINE (RAI)

KRONOLOGI AUNI TAK JADI TELAN RADIOACTIVE IODINE (RAI) - Aku tak tahu nak rasa kelakar, frust, marah, sedih atau apa. Cuma aku diselubungi rasa bersalah banyak pada Abah dengan Mama sebab susahkan diorang. Walaupun aku ada suami, dia susah nak handle aku dalam keadaan dia susah nak berjalan sekarang. So jangan lah pula aku ni ada laki tapi masih harap mak bapak. Sobssss

So, hari Isnin minggu lepas (14 Januari 2019), lepas aku habis dialisis je, terus ke HKL. Mama dengan Abah ambil aku dekat Hospital Ampang. Sampai je ke HKL, terus ke Institut Radioterapi & Onkologi. Siap bawa beg dah ready nak masuk wad. Sebab masa awal appointment dulu, doktor kata aku dah kena masuk wad untuk telan Radioactive Iodine 



Disebabkan macam dah comfirm masuk wad, memang aku ready segala keperluan. Merendeh-rendeh aku bawa barang. Lepas tu Mama pula yang tolong angkut. Rasa bersalah lagi aku tengok, tapi Mama tak sampai hati pula tengok aku pikul barang yang tak berapa nak berat tu.

Aku sampai ke unit lebih okurang jam 12:30 tengahari. Masa tu waktu lunch so aku kena tunggu doktor untuk recomfirm balik untuk telan iodine tu. Aku pun tunggu lah. Nak dekat pukul 2:30 petang, baru jumpa doktor. Lama kemain hoiii !

Bila masuk bilik doktor, Mama tak ikut sebab pergi solat. Masa jumpa doktor tu as usual lah kan doktor akan tanya history aku dari mula aku sakit, macam mana aku tahu ada kanser tiroid, comfirm ke kanser tiroid, yada yada yada. Aku jadi marah bila dia tanya pasal comfirm atau tak yang aku ni ada kanser.


Hello? Aku dah kena sembelih leher ni macam nak putus kepala tau sebab nak buang lymph node bagai, untuk elakkan kanser tu lebih aktif. Dah lah penat dialisis, kena soal macam-macam pula. Hishhh

Aku sepatutnya ambil Radioactive Iodine sebanyak 60mci dan perlu dikuarantin dalam wad selama 5 hari. Tapi tula, tiba-tiba blood pressure aku jadi rendah gila.

Lepas tu datang seorang lagi doktor. Dia kata diorang tak boleh proceed treatment (RAI) aku sebab berat badan aku terlalu ringan plus aku punya blood pressure rendah sangat.

Ok fine. Aku memang blur tak tahu nak marah ke nak nangis ke apa. Aku penat gila tunggu doktor lama-lama untuk mendengar bahawa TAK JADI PROCEED.

Aku kemain update kat Facebook yang haritu aku akan masuk wad tau -----------------------

Lepas tu entah berapa kali doktor ambil blood pressure aku, still rendah. Aku dah macam give up so aku cakap dengan doktor, blood pressure aku memang rendah after dialisis, plus sejak aku stop thyroxine, aku asyik hypo walaupun aku tak dialisis.


So dua-dua doktor tu bincang each other, lepas tu panggil pharmacist, bincang dengan pakar pula. Tunggu lagi ! Tuhan je la yang tahu emosi aku masa tu. Mama asyik suruh aku sabar. Aku dah macam nak nangis pun ada. Aku penat, sesak nafas, nak pengsan pun ada.

Dah nak dekat pukul 5 petang, doktor pun decide yang aku memang tak perlu masuk wad haritu dan tidak perlu telan iodine. Buat appointment baru, dan doktor kata, aku tak payah stop thyroxine. 

SEBAB???
Memang ada pesakit yang akan jadi tak tentu arah atau hypo bila stop thyroxine. Plus aku punya kes, aku ada kidney failure. So semua tu memang mengganggu aku juga.


Lepas ambil appointment, doktor cakap dia hanya akan bagi aku 30mci saja sebab badan aku terlalu kecil. Aku hanya akan kuarantin diri sendiri dalam rumah selama 8 hari. Dengar seperti penyeksaan bila tak dapat rapat dengan sesiapa selama 8 hari. Lepas 3 bulan dari sekarang, aku perlu pantang dan catu makanan betul-betul.

ROAD TO RAI :
1} Tidak perlu berhenti makan Thyroxine.
2} 2 minggu sebelum RAI, tidak boleh ambil produk tenusu seperti keju, susu, coklat & kuning telur
3} 2 minggu sebelum RAI, tidak boleh ambil makanan dan hasil laut (basah & kering) seperti sotong, udang, ketam, kerang, siput, ikan, ikan bilis dan tiram


Untuk kes yang memerlukan penerusan dalam pengambilan Thyroxine, doktor akan inject ubat hormon pada 2 hari berturut-turut sebelum telan iodine. Injection itu dikenali sebagai Thyrogen. Nanti bila aku lalui prosedure ni, aku share tau.

Itu je lah serba sikit aku share pasal kronologi aku tak jadi nak telan Radioactive Iodine. Aku ralat disamping bersyukur. So aku ada sebulan lebih lagi untuk enjoy makan sebelum segala makanan favourite aku dicatu.

The writer,
Tunsha Ayunie

2 comments: