PESAN SAIDINA ALI BIN ABU TALIB YANG MENDORONG KITA MENJADI INSAN - Saidina Ali bin Abu Talib merupakan sepupu Nabi Muhammad SAW, yang juga merupakan menantu pada baginda Rasulullah SAW setelah Saidina Ali mengahwini puteri Rasulullah SAW, iaitu Fatimah Az-Zahra.
Saidina Ali bin Abi Talib juga merupakan Khulafa Ar-Rasyidin yang keempat. Dan memerintah dari tahun 656 hingga 661 Masihi. Saidina Ali juga merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk Islam setelah Nabi Muhammad SAW menerima wahyu dari Allah SWT.
Itulah antara serba sedikit info tentang Saidina Ali bin Abu Talib. Tertarik sangat bila baca kata-kata Saidina Ali, ianya menginsafkan, lebih buat kita merenung pada hari akhirat pula.

PESAN SAIDINA ALI BIN ABU TALIB
➽ Ilmu adalah warisan para nabi, manakala harta ialah warisan Qarun dan Firaun.
➽ Ilmu boleh menjaga kamu, sedangkan harta itu kamu yang menjaganya.
➽ Ilmu itu akan bertambah jika diamalkan, sedangkan harta akan berkurangan jika dibelanjakan.
➽ Pemilik ilmu akan dihormati, sedangkan pemilik harta dikenali sebagai si kedekut.
➽ Di hari kiamat pemilik ilmu akan memberi syafaat, manakala pemilik harta akan dihisab.
➽ Biarpun masa berlalu, ilmu tidak akan lapuk tetapi harta itu semakin lama semakin usang.
➽ Ilmu dapat menerangi hati, tetapi harta boleh mengeraskan hati.
➽ Orang yang memiliki ilmu mempunyai ramai teman, sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh.
➽ Kekayaan yg sebenar ialah akal , kepapaan yg sebenar ialah rosak akal . Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri dan kemuliaan yang sebenar ialah akhlak yg baik.
PESAN SAIDINA ALI BIN ABU TALIB TENTANG DUA PERKARA
1) Allah SWT
2) Dirimu
Jagalah dunia ini dengan dua keredhaan :
1) Ibumu
2) Bapamu
Mohon bantuan ketika susah dengan dua hal :
1) Solat
2) Sabar
Jangan risau dengan dua hal ini :
1) Rezeki
2) Ajal
1) Kebaikanmu terhadap orang lain
2) Kesalahan orang lain terhadapmu
Dua hal yang kamu JANGAN LUPAKAN selamanya :
1) Allah SWT
2) Alam Akhirat
PESAN SAIDINA ALI BIN ABU TALIB TENTANG EMPAT PERKARA
Selalulah dekat dengan empat orang ini :
1) Ibumu
2) Ayahmu
3) Saudara Lelakimu
4) Saudara Perempuanmu
Janganlah kamu bersikap kasar kepada mereka ini :
1) Yatim
2) Miskin
3) Fakir
4) Orang Sakit
Empat hal yang memperindahkan diri kamu :
1) Sabar
2) Tabah
3) Tinggi Ilmu
4) Dermawan
Empat orang yang perlu kamu dekati :
1 ) Orang yang Ikhlas
2) Orang yang Setia
3) Orang yang Dermawan
4) Orang yang Jujur
Empat orang yang perlu kamu jauhi :
1) Pembohong
2) Pencuri / Rasuah
3) Penghasut
4) Pengadu Domba
Janganlah kamu menahan kedermawaanmu terhadap empat orang ini :
1) Isterimu
2) Anak-anakmu
3) Keluargamu
4) Sahabatmu
Empat hal yang perlu kamu kurangkan :
1) Makan
2) Tidur
3) Malas
4) Bercakap secara berlebihan
Empat hal yang jangan kamu abaikan :
1) Solat
2) Al-Quran
3) Zikir
4) Silaturrahim
Terlalu banyak ilmu yang kita lupa sedangkan semuanya serba bermanfaat. Moga kita menjadi hamba yang disayangi Allah SWT, didunia dan juga diakhirat. Jom sama-sama kita audit diri untuk menjadi lebih baik. InsyaALLAH.
The writer,
Tunsha Ayunie
1 Comments
Tenkiu auni share.. Kak pip nak share juga.
ReplyDelete