RESEPI SOS PUDINA UNTUK DIMAKAN DENGAN KAMBING BAKAR

RESEPI SOS PUDINA UNTUK DIMAKAN DENGAN KAMBING BAKAR - Korang biasa makan kambing bakar dengan sos pudina atau mint sauce? Aku dari kecil kalau makan dekat rumah Wanchik, mesti ada mint sauce ni. Dulu arwah Bibik Arti yang buat sos pudina ni. Memang sedap layan dengan kambing bakar.

RESEPI SOS PUDINA UNTUK DIMAKAN DENGAN KAMBING BAKAR

So kelmarin Mama buat kambing bakar dengan ayam bakar. Aku memang tak boleh makan sos  blackpepper yang ada sos tiram etc (pantang kononnya), jadi aku buat sos pudina ni sendiri. Tiba-tiba rasa bangga diri.

Oh ya, kalau Google, sos pudina ni korang hanya perlu cincang daun pudina. Tapi disebabkan aku ini pemalas orangnya, maka aku kisar kasar walaupun nampak halus juga. Jom aku share resepi.

RESEPI SOS PUDINA UNTUK DIMAKAN DENGAN KAMBING BAKAR

Bahan-bahan :
2 ikat daun pudina - leraikan daun, ambil sekali batang pudina yang lembut
1 inci halia
4 sudu besar cuka
1/2 cawan air panas
secubit garam
2 sudu kecil gula

Cara-cara :
Kisar semua bahan-bahan di atas dan sedia untuk dihidangkan bersama kambing bakar.

NOTE : Kalau korang rajin, cincang saja daun pun dan halia.

Mudah kan? Kalau tak suka masam sangat bolehlah kurangkan cuka. Macam aku buat ni secukup rasa. Kira ada rasa masam dan manis sikit, berjaya lah tu. Selamat mencuba.

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment