REVIEW AYAM GEPUK PAK GEMBUS MALAYSIA

REVIEW AYAM GEPUK PAK GEMBUS MALAYSIA - Aku tahu pasal Ayam Gepuk Pak Gembus ni lepas tonton vlogger Indonesia iaitu Ria SW . Aku memang suka tengok video dia walaupun Indonesian sebab aku rasa tempting tengok dia makan. Haippp aku tak racist sesama manusia ya!

Ok, aku nak cerita sikitlah pasal Ayam Gepuk Pak Gembus ni. Awalnya kedai ini dibuka di Jakarta Barat pada Oktober 2013. Pemiliknya adalah Rido Nurul Adityawan, seorang pemuda yang tak kenal erti putus asa. Awalnya, perniagaan Rido tidaklah begitu baik, namun sebab semangatnya, kini Ayam Gepuk Pak Gembus dikenali, bukan sekadar di Indonesia, malah di Malaysia juga.

REVIEW AYAM GEPUK PAK GEMBUS MALAYSIA

Bukan seperti ayam penyet yang biasa, Ayam Gepuk Pak Gembus mencipta kelainan bila korang boleh tengok orang lenyek sambal tu depan mata korang sendiri tau. Rasa Ayam Gepuk agak berbeza dari Ayam Penyet. Sambalnya juga lain ya. Cuma konsep je sama, iaitu tumbuk ayam sebelum disapu sambal.

Antara menu yang ada Ayam Gepuk Pak Gembus Malaysia

Aku dulu sempat mencuba untuk kali pertama di branch Gombak dan aku sakit hati sebab rasa yang agak tasteless dan nasi keras. Aku sampai buat keputusan taknak makan lagi. Tapi tiba-tiba aku teringin nak cuba di branch Selayang pula.

Di Selayang, sambal agak sedap berbanding Gombak. Cuma nasi masih keras. Aku ambil keputusan untuk review dalam IG Story dan ternyata pihak AyamGepukMalaysia ambil serius dengan review aku tentang nasi keras.

Alhamdulillah, the next aku pergi, nasi dah tak keras, sentiasa lembut dan memenuhi selera tekak aku. Aku tetap pergi branch Selayang tau. Itu je paling dekat dengan rumah.


REVIEW AYAM GEPUK PAK GEMBUS MALAYSIA

RASA & TEKSTUR :-

Untuk rasa ayam, bagi aku rasa dia memang tak ubah macam ayam penyet cuma ayamnya agak kecil. Untuk perut kecik macam aku ni, okay je ayam besar tu. Kalau yang suka macam ayam banyak-banyak tu mungkin tak puas lah kalau tengok rupa ayam yang korang dapat.

Untuk sambal, korang boleh pilih sama-ada mahu yang biasa, pedas atau extra pedas. Kalau makan secara dine-in, korang boleh pilih berapa biji cili yang korang nak.

Kalau sambal ayam penyet, sambalnya menggunakan bawang dan belacan selain cili, namun di Ayam Gepuk Pak Gembus, sambalnya diuli dengan kacang, cili dan bawang putih serta dicurah dengan minyak goreng ayam.

Aku suka makan dengan kobis goreng, itu pun antara penyedap ayam gepuk ni.

HARGA :-

Tak mahal mana bagi aku. Standard je dengan harga ayam penyet dekat luar. Cuma mungkin bagi korang tak berbaloi bila dapat ayam kecil dan sambal sikit. Tapi aku puas hati sebab nasi dia bagi agak banyak. Bagi aku lah ye, sebab ini personal review dari aku.


SUASANA :-

PANAS. Aku memang tak prefer makan di kedai, its better aku bungkus dan makan dekat rumah. Lebih selesa, lebih sejuk, dan aku tak payah fikir apa-apa selain makan. Hiks ~



SERVIS :-

Secara jujurnya, kalau korang tengah kebulur lapar, jangan sesekali korang bercadang untuk makan Ayam Gepuk ni. Mencabar dari segi servis sebenarnya. Aku faham, servis lambat sebab sambal dibuat secara manual. Aku tak salahkan servis 100% lah, mungkin sebab aku penyabar juga orangnya.

Aku tak tahu branch lain punya servis macam mana, tapi servis di branch Selayang so far aku boleh terima lagi. Tak terlalu lambat sebab aku nampak pekerja memang laju je buat kerja.


HARAPAN AKU :-

Aku harap, owner Ayam Gepuk Pak Gembus akan tukar konsep jualan ayam sampai habis. Aku faham, mungkin nak elak pembaziran, tapi Ayam Gepuk Pak Gembus kini ada peminat sendiri. Bila customer datang dan ayam sudah habis, customer akan kecewa sangat-sangat. It's not good.

Semoga selepas ini, pihak Ayam Gepuk Pak Gembus akan sediakan bekalan secara cukup. Supaya tak ada customer yang kecewa.

The writer,
Tunsha Ayunie

Post a Comment

6 Comments

  1. Alahai, macam best ja ni mau si try..

    ReplyDelete
  2. Selalu makan ayam gepuk ni area Selayang and Gombak :) Best, suka sebab boleh pilih tahap kepedasan dia. Makin banyak kali dtg, pilih yg makin menurun plak kepedasan cili dia. Haha! Ya betul tu, kena sabar dgn servis dia.

    ReplyDelete
  3. Sis pergi lunch tadi. Beratur panjang. Tp puas hati. Sambal tu berapi..

    ReplyDelete
  4. Fuhh..menggiurkan dgn sambal gitu, nampak pun dh boleh buat meleleh air liur Umi tau

    ReplyDelete
  5. Siaz ayam dia sekecil satu jari. Sedap tak tak ada value tambah air rm11. Kalau macam ni sedap pun tak tahan lama. Tempat bukan aircond ke bersih sangat. Cubalah tak percaya. Kat usj21.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pergi dah since malas nak tunggu dan nasi keras. kalau teringin, buat sendiri je. Puas. Sambal boleh buat banyak2.. ^_^

      Delete