SINOPSIS AKU CINTA DIA (TV3)

SINOPSIS AKU CINTA DIA (TV3) - Mula-mula aku macam malas nak follow drama ni tapi haritu tengok first episod macam best je. So saja lah tengok episod-episod seterusnya, bolehlah nak layan. Drama Aku Cinta Dia adalah lakonan Hannah Delisha dan Aiman Hakim.

RELATED POST :
 Sinopsis Jika Masih Ada Rindu (TV3)

Drama 20 episod ini ditayangkan di slot Lestary di TV3 setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9 :00 malam. Drama Aku Cinta Dia merupakan arahan Bahri Uma dan diterbitkan oleh Saphire Screen.

SINOPSIS AKU CINTA DIA (TV3)

JUDUL : AKU CINTA DIA
HARI / MASA : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SLOT : Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Sofia J Rhyland
PENGARAH : Bahri Uma
PENERBIT : Saphire Screen Sdn.Bhd
PELAKON : Aiman Hakim, Hannah Delisha, Nadia Brian, Ikmal Amry, Fahad Iman, Nasz Sally, Yuna Rahim, Catriona Brian, Fauzi Nawawi, Hafiz Bahari, Elly Mazlein, Zul Huzaimy, Miera Leyana, Natasha Elyzza, Idzham Ismail, Sasha Bashir, Zaefrul Nordin

SINOPSIS AKU CINTA DIA (TV3)

Mengisahkan perjalanan hidup Laila yang penuh dengan rintangan. Pada hari pernikahan Laila, dia mendapat berita sedih apabila Ikhwan yang sepatutnya menjadi suami Laila, tidak mahu berkahwin dengannya. Laila kemudian membawa diri ke Amsterdem.

Di Amsterdem, Laila bertemu dengan Sarina dan Affan. Tanpa disangka-sangka, Affan mula jatuh hati pada Laila dan mengajak Laila berkahwin. Mereka berdua berkahwin di Amsterdem tanpa pengetahuan ibubapa Laila.

SINOPSIS AKU CINTA DIA (TV3)

Hubungan antara Laila dan Affan akhirnya terbongkar setelah Affan memuat-naik gambar dia bersama Laila di Instagram. Zaity, iaitu ibu Laila ternyata sangat kecewa dengan keputusan itu dan tidak mahu menganggap Laila sebagai anaknya lagi.

Pelbagai konflik yang berlaku sepanjang hidup Laila. Satu hari, Laila hilang ingatan dan sudah tidak mengingati Affan lagi.

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment