SINOPSIS DIA MENANTU RAHSIA (TV3)

SINOPSIS DIA MENANTU RAHSIA (TV3) - Hari ini episod terakhir drama Pujaan Hati Kanda. Jangan lupa untuk menyaksikan drama terbaru berjudul Dia Menantu Rahsia lakonan Ashraff Muslim dan Raysha Rizrose.


JUDUL : DIA MENANTU RAHSIA
HARI / MASA : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SLOT : Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Indah Hairani
PENGARAH : Pali Yahya
PENERBIT : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Ashraf Muslim, Raysha Rizrose, Syazuwan Hassan, Mona Allen, Aisya Hasnaa, Reza Hasbi, Afzan A.Rahman, Annie Arifin, Fazlina Ahmad Daud, Ridzuan Hashim, Wilma Muhammad

SINOPSIS DIA MENANTU RAHSIA

Pertunangan antara Zamer dengan Doktor Suraya telah membuat hati Melissa terluka. Lebih merobek hatinya, adalah kerana pertunangan itu atas permintaan ibu Zamer sendiri. Kerana mahu merawat hati yang kecewa, Melissa membawa diri ke Kuala Lumpur.

Pertemuan antara Melissa dengan Syakir di Kuala Lumpur telah mengubah keseluruhan hidup mereka. Semuanya bermula dengan permintaan tidak diduga daripada Syakir. Syakir melamar Melissa dan Melissa terima lamarah itu hanya kerana mahu melarikan diri daripada Zamer yang terus mengejar cintanya.

Engku Kamelia juga turut mendambakan cinta Syakir. Tujuan mereka mahu berkahwin tidak diketahui sesiapa. Malahan perkahwinan itu juga tanpa rasa cinta di hati masing-masing. Mampukah perkahwinan itu menyelesaikan masalah mereka? Selama manakah mereka mampu bertahan hidup di alam perkahwinan itu? 

Post a Comment

0 Comments