SINOPSIS SETELAH CINTA ITU PERGI (TV3)

SINOPSIS SETELAH CINTA ITU PERGI (TV3) - Jangan lupa saksikan drama gandingan Fahrin Ahmad dan Nina Iskandar dalam drama bersiri terbaru, Setelah Cinta Itu Pergi. Drama ini merupakan adaptasi novel hasil karya East Diani dan diarahkan oleh Heykal Hanifah.


JUDUL : SETELAH CINTA ITU PERGI
GENRE : Drama
HARI / MASA : Isnin hingga Khamis, jam 10:00 malam di TV3
PENGARAH : Heykal Hanifah
PENERBIT : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd
PELAKON : Nina Iskandar, Fahrin Ahmad, Julia Farhana Marin, Fizo Omar, Faye Kusairi, Azrel Ismail, Nik Adam Mika, Shahz Jaszle, Amyza Aznan, Faezah Elai & Mardiana Alwi

SINOPSIS SETELAH CINTA ITU PERGI (TV3)

Perkahwinan Ikram dan Marina bahagia disulami cinta yang sentiasa mekar walaupun tanpa dikurniakan zuriat. Walaupun Ikram sangat teringin mempunyai cahayamata sendiri, namun dia sedar dia tidak layak untuk menidakkan takdir Tuhan. Mahligai dan janji yang dibina mereka akhirnya rapuh dengan kehadiran Insyirah dan anak kecilnya di dalam kehidupan Ikram dan Marina.

Insyirah merupakan adik ipar kepada Ikram. Suaminya Izlan telah ditangkap dan dipenjarakan kerana kes dadah. Setelah melahirkan seorang bayi perempuan, Ikram membawa balik Insyirah ke rumahnya. Marina berasa sakit hati kerana perkara itu tidak dibincang dengannya terlebih dahulu.


Insyirah pula merupakan seorang yang bijak berkata-kata sehingga Ikram termakan segala apa yang diperkatakan oleh Insyirah. Hati Marina terluka dan remuk disaat dia dipersalahkan oleh suaminya sendiri. Kerana cemburu buta Ikram, kesetiaan Marina diragui dan kepercayaan terhadapnya dipersoalkan. Hati dan perasaan Ikram menjadi semakin parah saat dia melafazkan cerai terhadap Marina.


Marina pergi membawa diri dengan seribu duka di hati. Disangka kasih itu berpanjangan, rupanya hanyalah satu persinggahan. Marina tetap meneruskan hidupnya tanpa toleh kebelakang lagi. Namun jiwa Marina semakin perit kerana dia kehilangan orang yang disayangi, satu persatu.

Setelah cinta itu pergi, barulah Ikram menyesali. Tapi hasrat hati untuk memiliki Marina semula dihalangi keluarga. Mereka cukup rasa terhina dengan tindakan Ikram terhadap Marina.

Kerana tidak mahu Marina hidup dibebani kisah lalu, keluarganya telah menentukan jodoh untuknya. Namun cinta yang bertakhta di hati memang sukar disingkir pergi. 


Hadirnya Adam, cuba mengubati hati Marina yang penuh dengan seribu kisah duka. Ingin menjadi penyelamat kerakusan hatinya yang sengsara. Sebagai tunang kepada Marina, mampukah Adam memecah tembok hati Marina?

Apakah cinta di hati Marina akan terus pergi hilang selamanya? Sampai bilakah pintu hati itu akan terkunci? Perlukah dia melupakan kebahagiaan yang hadir di depan mata begitu sahaja?

Adakah Adam mampu membuka pintu hati yang terkunci selama ini? Atau adakah kasih Marina masih kuat terhadap Ikram? Siapakah yang akan menjadi pilihan Marina setelah cinta itu pergi?



- Tunsha Ayunie -

No comments:

Post a Comment