KRONOLOGI AUNI 'TERPAKSA' PAKAI IJC (INTERNAL JUGULAR CATHERER)

KRONOLOGI AUNI 'TERPAKSA' PAKAI IJC (INTERNAL JUGULAR CATHERER) - Tak pernah langsung aku bayangkan aku kena pakai tiub dekat leher. Bukan apa, dulu masa Dr.Lim tanya aku nak CAPD atau tanam fistula, cepat je aku buat keputusan nak tanam fistula, merangkap cuci darah. Bukan apa, sebab aku tak sanggup nak bertiub lagi. Kalau fistula, aku boleh mandi macam orang normal.



Hampir 10 tahun aku menggunakan fistula dekat tangan ni. Sampai membesar membengkak tangan aku, tapi fistula ni banyak juga berjasa selama aku sakit. Setiap hari aku takut kalau fistula aku rosak, tapi Allah SWT dah kata "kun", maka aku terima walaupun mulanya aku sedih. So aku rasa macam nak share, macam mana aku boleh pakai IJC atau Internal Jugular Catherer ni.

KRONOLOGI AKU 'TERPAKSA' PAKAI IJC

5 FEBRUARI 2019 : Fistula aku clot. Sebelum ni pernah terjadi, tapi staff cuba-cuba cucuk, berjaya juga. Hari Selasa tu, aku dicucuk hampir 6 kali, kali ke 6 baru berjaya. Alhamdulillah. HD macam biasa tanpa ada masalah.

6 FEBRUARI 2019 : Aku dah tak sedap hati tengok fistula sendiri. Thrill rasa slow je. Tapi aku tenangkan hati sendiri, moga tiada apa yang jadi. Harap fistula aku berfungsi.

7 FEBRUARI 2019 : Aku datang awal untuk dialisis. Sebab aku rushing nak ambil Mama dan Abah dekat airport. Tapi Allah SWT sebaik-baik perancang kan? Aku merancang belum tentu menjadi.

Staff mula cucuk, tapi clot lagi. Banyak darah beku. Lepas seorang, seorang lagi staff cuba cucuk, tapi masih gagal. Aku dah mula down. Lepas tu staff refer aku ke doktor.

Doktor suggest untuk IJC. Aku dah lah overload air haritu, nak taknak aku TERPAKSA akur dengan cadangan doktor. Puas aku tahan sebak, akhirnya jatuh juga airmata aku. Entah kenapa aku down teruk bila doktor cadangkan IJC.

Aku dihantar ke CCU untuk memasang IJC. IJC ni biasanya ditanam sementara sebelum doktor plan perkara lain untuk patient. So aku dibius secara sedar dan doktor terus masukkan IJC dalam urat di leher aku. Tak lama pun proses memasukkan IJC. Lebih kurang 40 minit je.

Lepas pasang IJC, aku dihantar pergi X-ray pula. Dah X-ray, alhamdulillah boleh terus HD. Aku bersyukur juga sebab aku dah rasa sesak nafas, penuh dengan air. Aku HD haritu 2 jam je, aku sangat letih.

Seminggu aku down teruk dan meroyan pasal IJC dekat leher aku. Paling aku stress adalah bab mandi lah sebab aku jenis yang suka mandi. Sekarang mandi memang terseksa. Kena jaga supaya tak kena infection. Sobsss



Gambar ni lepas aku dah puas menangis sebelum dipasang IJC :)

Stress aku ni hanya berlarutan selama seminggu. Normally kan, kita hidup seolah normal, tiba-tiba ada bendasing ditanam dekat leher. Tidur segalanya kena berjaga. Memang moody je aku selama pasang IJC ni. Rasanya orang pun dah meluat baca aku tulis pasal emosi aku selama pasang IJC.

Lepas seminggu, aku dah mula boleh terima keadaan ini cuma bab stress pasal mandi tu memang aku tak tipu, masih ada lagi. Cuma aku dah terima lah bendasing kat leher aku ni.

SAKIT KE PASANG IJC

Sebenarnya tak sakit pun. Cuma masa doktor masukkan, akan terjadi peristiwa sesak nafas. Mungkin kalau panik, lebih ketara lah sesak nafas tu. Ketika IJC dimasukkan ke urat leher, memang akan sedikit perit dan senak. Tips dia, kena relaks. Aku ni cepat gabra so memang aku rasa macam-macam je masa tu.

For moment, memang masa makan, .kita akan rasa tak selesa dan sakit. Macam aku kata, for moment je. Lepas tu dah okay, tak sakit dah.

CARA AKU TENANGKAN DIRI

Aku akui, nak tenangkan diri memang susah. Serabut sangat. Tapi perkara simple, jangan terlalu fikir kau ada bendasing kat tubuh. Buat tak tahu je. Aku buat macam tu je la. Lepas tu banyakkan mengumpul perkara dari sudut positif.

Hopefully doktor plan yang terbaik untuk aku. Cuma, awal-awal aku akan menolak kalau doktor plan untuk CAPD. Aku memang tak sanggup, serious talk.

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment