RESEPI SAMBAL AYAM GEPUK ORIGINAL

RESEPI SAMBAL AYAM GEPUK ORIGINAL - Sekarang ni Ayam Gepuk Pak Gembus memang dah jadi viral bagi rakyat Malaysia. Sambal dia yang special buat orang sanggup tunggu lama, termasuk aku. Aku malas nak komen pasal servis dia yang memang slow sebab dia kan buat sambal manual.

Sometimes aku duduk sesorang pun teringat sambal ayam gepuk ni. So aku ambil alternatif buat sendiri je. Rasa memang takdelah 100% sama kot lagi pula aku bukan guna alat lenyet tu, aku guna blender kering je.

Kalau korang nak rasa yang original, persilakanlah beli alat gesek Indonesia tu. Aku tak tahu apa ke nama dia. Nak guna lesung batu pun boleh aje.


RESEPI SAMBAL AYAM GEPUK ORIGINAL

Bahan-bahan :
Segenggam kacang gajus - digoreng dan dikisar
2 genggam cili padi - aku campur cili padi kampung & cili askar
2 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika mahu - aku tak letak pun
Minyak yang panas mendidih secukupnya

Cara-cara :
Dalam pengisar kering atau lesung batu, masukkan cili dan bawang putih. Hancurkan jangan sampai halus. Masukkan kacang gajus dan garam. Setelah semua bahan sebati, masukkan minyak panas mendidih.

Biasanya, dekat kedai diorang guna minyak goreng ayam. Nak ala-ala makan dekat ayam gepuk, korang goreng je la kobis mentah dalam minyak yang panas tu sampai dia bertukar warna. 

Selamat mencuba.


Post a Comment

0 Comments