SEDAPNYA SPICY KOREAN RICE BOWL TEXAS CHICKEN !

SEDAPNYA SPICY KOREAN RICE BOWL TEXAS CHICKEN ! - Dah lama sungguh tak menulis entri. Blog semakin bersawang je aku rasa. Actually aku dah kama tahu pasal menu Spicy Korean Rice Bown dari Texas Chicken Malaysia, tapi baru-baru ni je aku cuba. Ini kali kedua aku makan, tiba-tiba jadi gian je nak makan. Rasa memang well-balance.


First time aku makan, nasi agak sedikit keras. Second time aku beli, terus addicted. Macam aku kata, rasa dia memang well balance la. Sedap. Paling sedap dimakan bila digaul ala-ala bibimbap !

Di dalam semangkuk Spicy Korean Rice Bowl ini, ada nasi, tomato yang dipotong dadu, daun salad, ayam Texas, sos pedas dan ditaburi dengan bijan.

Rasa masam dari tomato serta pedas yang datang dari sos memang buat aku rasa nak makan lagi dan lagi. Aku tak makan tomato mentah, tapi dalam semangkuk nasi ni, aku layan je tomato tu.

Selain daripada Spicy Korean Rice Bowl, Texas Chicken Malaysia turut menyediakan menu dalam mangkuk seperti Japanese Roasted Sesame Rice Bowl, Chicken Porridge, Spicy Thai Porridge, Japanese Mash Bowl dan Spicy Korean Mash Bowl.

The writer,
Tunsha Ayunie

2 comments:

  1. Nampak mcm sedap ni. Nant g Texas leh cuba menu ni.

    ReplyDelete
  2. tak pernah try menu nasi dia tapi burger dia memang suka sebab pedas

    ReplyDelete